KUALA NERUS: Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim memohon maaf kepada penyokong skuad Penyu kerana gagal mempamer aksi terbaik pada perlawanan akhir Piala FA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut mengakui kesilapannya melepaskan gol mudah ketiga buat Johor Darul Ta'zim (JDT), menyebabkan Terengganu terlepas peluang membawa pulang kejuaraan berprestij itu setelah 11 tahun menunggu.
Menurut Rahadiazli, seperti penyokong setia bola sepak Terengganu, beliau masih terkilan dan kecewa kerana gagal menghadiahkan piala buat penyokong TFC pada penampilan pertamanya di pentas perlawanan akhir yang berakhir dengan kekalahan 1-3 di tangan JDT.
"Saya akui tidak bermain seperti yang diharapkan semua orang, persembahan pada malam itu di bawah kemampuan sebenar saya.
"Saya dengan rendah hati memohon maaf kerana tak berjaya bawa balik piala ke Terengganu. Ini juga sebenarnya adalah impian dan harapan saya," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Gong Badak, petang semalam.
Bagaimanapun, Rahadiazli yang juga pemain skuad Bawah-23 Tahun Kebangsaan enggan terus berduka dan bertekad menjadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran berharga.
Katanya, tiupan semangat daripada jurulatih, rakan sepasukan serta peminat bola sepak dijadikan azimat untuk beliau bangkit dan memperbaiki kesilapan pada masa hadapan.
"Saya juga enggan ambil tahu tentang komen-komen negatif peminat di laman sosial dan perkara yang sudah lepas saya akan jadikan tauladan untuk perbaiki kesilapan," katanya.
Dalam pada itu, pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu turut melahirkan rasa syukur kerana terpilih menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thailand yang bermula dari 22 hingga 25 Sept ini di Chiang Mai.
Katanya, peluang tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk mempamer prestasi terbaik bagi meraih peluang beraksi bersama pasukan kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022

Rahadiazli enggan terus berduka dan bertekad menjadikan kesilapan pada perlawanan akhir Piala FA 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas, sebagai pengajaran berharga. - Foto Facebook Terengganu FC

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.

Penjaga gol TFC mohon maaf hampakan penyokong
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut mengakui kesilapannya melepaskan gol mudah ketiga buat JDT.

Insiden perlanggaran: Rahadiazli pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di final Piala FA
Penjaga gol utama Terengganu FC Rahadiazli Rahalim, pasrah sekiranya tidak dapat beraksi di perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim Sabtu ini.

Insiden perlanggaran: Penjaga gol Terengganu FC dilaporkan stabil
Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata pemain berusia 21 tahun itu sudah mulai sedar.

Rahadiazli Rahalim digugurkan dari kem latihan Harimau Malaya selepas positif COVID-19
Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim digugurkan daripada kem latihan skuad Harimau Malaya selepas disahkan positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR diperoleh lewat malam semalam.

Harimau Malaya mulakan latihan Isnin depan di Johor Bahru
Tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid pula tidak disenaraikan kerana mengalami kecederaan pada aksi Liga Super di antara JDT dan UiTM FC Sabtu lalu.