Susulan insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas, barisan pemain dan pengurusan pasukan T-Team bersumpah bersaksikan Al-Quran bagi mencari kebenaran.
Sorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team bersumpah bersaksikan Al-Quran dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam tadi, sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.
Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.
Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.
Ifran sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa insiden kekecohan dalam terowong persalinan tidak pernah berlaku.
Dalam pada itu,Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam mengesahkan, Ifran telah memberikan notis meletakan jawatan kepada ketua pegawai operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain.
"Selepas dia buat kenyataan di Johor tu, kita dah check, semua pakaian dia pun dah takde, maknanya dia sudah bersedia untuk melarikan diri, saya rasa ini perkara yang tidak baguslah," katanya.
Wan Ahmad berkata PBSNT akan meneliti perkara itu berdasarkan peraturan ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Astro Awani
Mon Feb 10 2014

Penolong Jurulatih T-Team, Azlan Johar (dua, kiri) melafazkan sumpah berkata benar di hadapan Al-Quran dalam majlis perjumpaan pemain Liga Super Terengganu dan T-Team disaksikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (kanan). -- fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Sedih lihat prestasi pemain muda - Azlan
Azlan berkata, situasi itu amat membimbangkan dan menimbulkan persoalan sampai bila keadaan tersebut akan berlaku.

'Jangan kacau kerja Cheng Hoe'
Azlan Johar berpendapat, langkah melantik pengendali berusia 54 tahun sebagai ketua jurulatih Selangor FC merupakan tindakan bijak.

Lonjak ranking petanda positif buat Harimau Malaya
Ia sesuatu yang membanggakan selepas kali terakhir Harimau Malaya berada dalam kelompok 150 teratas dunia pada 2014.

Penolong jurulatih dan pemain T-Team bersumpah Al-Quran
Seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team bersumpah dengan Al-Quran bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.