KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu dalam membangkitkan isu berkaitan penyertaan atlet Israel di Malaysia kepada kabinet tidak lama lagi.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Malaysia perlu mendapatkan keputusan muktamad mengenai isu berkenaan jika tidak keadaan akan menjadi lebih teruk dari segi penganjuran acara sukan antarabangsa pada masa depan.
"Kita akan berhubung dengan kementerian untuk membawa perkara ini kepada kerajaan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk masa depan kerana jika kita mahu terus menganjurkan kejohanan antarabangsa, ini adalah isu yang pada asasnya akan timbul.
"Kita memandang serius isu ini dan meminta kerajaan segera melihat perkara ini kerana masyarakat sukan dunia sedang menunggu maklum balas daripada kita," katanya pada sidang media pada Rabu.
Mohamad Norza berkata beliau juga telah bertemu dengan wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan perkara berkenaan baru-baru ini.
Selasa lepas, sebuah portal berita asing melaporkan bahawa IOC telah mengeluarkan satu lagi amaran kepada negara yang enggan membenarkan atlet dari negara tertentu menyertai kejohanan besar atas sebab politik.
IOC memetik pembatalan Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia pada 7 hingga 11 Disember di sini, atas sebab keengganan Malaysia membenarkan atlet Israel memasuki negara serta Kejohanan Tinju Dunia AIBA yang menyaksikan pasukan tinju Kosovo tidak dibenarkan bersaing di Serbia.
Mohamad Norza turut memberi jaminan MOM akan terus berhubung dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan mereka menyampaikan penjelasan yang betul berhubung isu tersebut.
"Sebagai contoh, mengenai kejohanan skuasy itu, kita telah memberikan penjelasan hingga peringkat Persekutuan Skuasy Dunia. Bagaimanapun, kami di MOM berpendapat bahawa kerajaan perlu membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini. Saya rasa tidak sepatutnya terlalu banyak politik dalam sukan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail percaya kerajaan akan memberi perhatian terhadap perkara itu termasuk mengadakan perbincangan dengan pihak dan agensi berkaitan tidak lama lagi bagi membantu mereka mengambil tindakan seterusnya berhubung isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Mohamad Norza berkata, pihaknya akan berhubung dengan kementerian untuk membawa perkara ini kepada kerajaan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk masa depan. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.

Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.

Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.