IPOH: Perak akan menjadi negeri pertama yang memperkenalkan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri sebagai usaha memperkasakan bidang sukan terhadap golongan berkenaan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata dasar berkenaan berada di peringkat akhir penggubalan sebelum diusul kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
Menurutnya dasar berkenaan digubal dengan usaha sama pejabat portfolionya dengan Majlis Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Persatuan OKU Perak.
Katanya lagi, dasar berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan kesaksamaan hak, peluang dan kepentingan OKU khususnya dalam bidang sukan lebih terjamin seperti mana yang ditetapkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Dasar Orang Kurang Upaya.
“Kerajaan Perak mengambil inisiatif untuk menggubal satu dasar berkaitan pembangunan sukan OKU supaya hala tuju pembangunan sukan OKU dapat diselaraskan dengan lebih efisien.
“Di samping itu, penggubalan dasar ini dapat memastikan tanggungjawab terhadap pembangunan sukan OKU dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Malah dapat membantu melengkapkan ekosistem pembangunan sukan OKU yang realistik di Perak di samping mengambil kira sukan sebagai landasan bagi menyatupadukan hubungan semua biarpun berlainan bangsa, agama, ideologi dan fahaman politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohamad Noor Dawoo (BN-Selinsing) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Selain itu, Khairul Shahril berkata, terdapat enam strategi yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Sukan OKU Negeri Perak.
Kata beliau, pertama, memperkukuhkan struktur pentadbiran atlet para melalui pembahagian atlet mengikut peringkat kategori supaya struktur pentadbiran atlet lebih teratur dan sistematik.
“Strategi kedua pula, memperkasa program pembangunan atlet para di setiap peringkat supaya program pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi meliputi segala keperluan yang diperlukan atlet di setiap peringkat.
“Ketiga memantapkan sistem kejurulatihan dan kepegawaian untuk memastikan atlet-atlet para dilatih oleh jurulatih yang bertauliah dan diurus selia oleh pegawai yang berkelayakan.
“Keempat, melaksanakan dan menyertai kejohanan Sukan Para untuk memastikan setiap atlet para mempunyai peluang untuk menyertai kejohanan-kejohanan sukan yang dianjurkan bukan sahaja di peringkat negeri Perak malah sehingga ke peringkat Kebangsaan.
"Inisiatif ini amat penting untuk menilai bakat, potensi dan prestasi atlet para negeri Perak,” katanya.
Bagi strategi kelima pula, Khairul Shahril memberitahu, menyediakan kemudahan dan fasiliti Sukan Para khusus untuk atlet-atlet sukan para menjalani latihan yang lebih kondusif di samping memberi peluang untuk penganjuran acara sukan para dianjurkan di negeri Perak.
Strategi keenam, meningkatkan kerjasama strategik antara agensi supaya setiap agensi sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan dapat bersama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan sukan para di negeri Perak.
Jelas Khairul Shahril lagi, kerjasama strategik itu juga akan merangkumi penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi mewujudkan satu ekosistem yang lengkap dalam pembangunan sukan OKU.
Amirrul Rabbani
Wed Dec 15 2021
![Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639542577_PengerusiJawatankua.jpg)
Khairul Shahril berkata, ia inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan kesaksamaan hak, peluang dan kepentingan OKU khususnya dalam bidang sukan lebih terjamin. - Foto Urusetia Dewan Negeri Perak
![Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262284_TembakSetiaAlam.jpg)
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
![Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639542577_PengerusiJawatankua.jpg)
Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU
Dasar berkenaan berada di peringkat akhir penggubalan sebelum diusul kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).