IPOH: Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, walaupun amat menghargai penyokong yang bersemangat dan setia, Perak FC tidak akan bertolak ansur dengan penyokong yang mencetuskan aktiviti ganas dan menghasut.
“Bagi kami, mereka tidak mempunyai tempat di stadium,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, Perak FC akan bertindak segera ke atas sebarang aduan atau laporan rasmi terhadap tingkah laku penyokongnya dan akan mengambil tindakan paling tegas untuk melarang pengaruh sedemikian daripada disebarkan.
Perak FC juga, katanya, memberi jaminan kepada semua penyokong, pasukan bola sepak serta MFL dan FAM bahawa mereka akan memastikan tahap keselamatan akan sentiasa berada pada tahap optimum pada perlawanan di Ipoh untuk meminimumkan keganasan .
“Seperti sedia maklum, semangat dan kesungguhan peminat bola sepak memang terkenal dan Perak FC memahami perkara ini, lebih-lebih lagi di Malaysia yang melibatkan sukan utama serta kebanggaan negara,” ujarnya.
Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai malang, beliau berkata, terdapat beberapa insiden keganasan yang melibatkan penyokong-penyokong serta berlaku kerosakan ke atas kenderaan penyokong Perak FC di samping beberapa penyokong cedera.
Menurutnya, dalam memastikan jangka hayat, kelestarian dan juga peningkatan mutu Liga Bola Sepak Malaysia, ia menjadi kewajipan kepada setiap kelab untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk penyokong yang menghadiri perlawanan.
“Perak FC komited dengan agenda ini dan akan bekerjasama rapat dengan pasukan lain untuk memastikan keganasan penonton akan dihapuskan secara beransur-ansur daripada landskap kami,” katanya lagi.
BACA: Provokasi punca penyokong Kelantan 'mengamuk'
Dalam kejadian pada petang Rabu, tindakan segelintir penyokong dipercayai menjadi punca berlakunya kekecohan ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju minit-minit akhir permainan.
Tindakan tersebut mengundang kepada insiden berbalas-balas balingan objek antara kedua-dua penyokong.
Dalam perlawanan itu, pasukan Perak FC berjaya menumpaskan tuan rumah dengan jaringan 2-1.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 12 2022

Difahamkan provokasi itu berlaku ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menuju minit-minit akhir permainan. - Gambar/ Sinar Harian
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.