Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan undang-undang, kata Pesuruhjaya Sukan Malaysia Datuk Zaiton Othman.
Zaiton berkata perlu diingat bahawa semangat Akta Pembangunan Sukan 1997 adalah untuk menggalakkan pembangunan sukan di dalam negara ini, dan ia tidak bersifat menghukum dalam mengambil tindakan, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam akta itu.
Merujuk kepada insiden terkini Maraton Antarabangsa Bandaraya Klang pada Ahad lepas yang mencederakan tiga peserta, Zaiton berkata adalah jelas dinyatakan dalam Seksyen 36 akta itu, organisasi yang menganjurkan aktiviti sukan perlu memohon lesen daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan sebelum acara berlangsung.
"Kami mempunyai mekanisme yang bersifat dwifungsi, satu daripadanya bersifat pencegahan dan satu lagi ialah pembetulan.
"Dengan adanya akta ini, kami menyaksikan acara dan aktiviti sukan berkembang di seluruh negara, terdapat beribu acara yang berlangsung di seluruh negara setiap tahun, dan pencapaian sukan berprestasi tinggi kebanyakannya sudah meningkat.
"Fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah menerima permohonan ini dan akan memastikan pemohon mematuhi satu senarai semak permit-permit lain, sebagaimana yang disediakan dalam laman sesawang kami (pps.kbs.gov.my).
"Kelulusan ini penting... kemalangan terkini di Klang menunjukkan kepentingan acara seperti itu dilesenkan.
"Seksyen 34 Akta Pembangunan Sukan, kelulusan (di bawah seksyen) ini memastikan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi peserta, pegawai dan penonton, standard dan kelayakan untuk kesemua peserta dan pegawai, selain memastikan perkara ini selari dengan peraturan dan garis panduan yang diiktiraf kesemua badan kawalan dan urus tadbir antarabangsa sukan dalam semua perkara," kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.
BACA: Pemandu langgar peserta larian tidak mabuk - Polis
Beliau berkata, Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak boleh dijangka mempunyai kepakaran teknikal untuk menilai kesemua 50 sukan yang termasuk di dalam akta ini, sementara Kementerian Belia dan Sukan tidak boleh campur tangan dalam standard teknikal dan peraturan antarabangsa, memandangkan persatuan sukan kebangsaan tertakluk kepada persekutuan antarabangsa, seperti FIFA.
Sementara itu, Zaiton menggesa orang ramai melaporkan acara yang tidak mendapat kelulusan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk membantunya mengenal pasti penganjur yang menyeleweng, yang hanya mahu membuat keuntungan segera tetapi mengabaikan keselamatan dan kesihatan juga standard serta kelayakan kesemua peserta.
"Senarai acara sukan yang mendapat kelulusan terdapat dalam laman sesawang kementerian, www.kbs.gov.my dan akan dikemaskinikan dengan tetap.
"Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah mengadakan rundingan lanjut dengan pelbagai pihak berkepentingan sejak 2014 bagi meminda Akta Pembangunan Sukan supaya sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
"Ia termasuk Panel Penasihat Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, persatuan sukan kebangsaan, agensi kerajaan tempatan, penganjur acara utama, dan agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.
Zaiton berkata dengan pindaan baharu akta itu yang dalam proses, hukuman bagi penganjur yang ingkar akan menjadi lebih berat.
"Penalti untuk syarikat yang melanggar Akta Pembangunan Sukan juga akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM500,000 dengan pindaan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017

Zaiton menggesa orang ramai melaporkan acara yang tidak mendapat kelulusan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk membantunya mengenal pasti penganjur yang menyeleweng. - Gambar fail

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah mengawal, bukan menghukum
Semangat Akta Pembangunan Sukan 1997 adalah untuk menggalakkan pembangunan sukan dalam negara, ia tidak bersifat menghukum dalam mengambil tindakan.