Peraturan baharu yang menjadikan pertandingan pencak silat lebih ekstrem merupakan nilai tambah yang tinggi kepada potensi sukan itu untuk dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik 2036, kata Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Peraturan yang diputuskan pada mesyuarat teknikal undang-undang dan peraturan kejuaraan silat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada Februari lepas, akan diperkenalkan pada Kejuaraan Dunia yang dijadualkan berlangsung di Kuching, tahun depan.
Naib Presiden 2 Pesaka Sulleh Udin berkata selain faktor komersial, peraturan baharu itu turut mampu menjadi penyelesaian terbaik kepada isu keputusan berat sebelah oleh juri yang sering melanda sukan berkenaan.
"Pihak Olimpik (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) melihat dari sudut peraturan yang mana terdapat unsur-unsur dalam pertandingan pencak silat yang tidak boleh dikawal.
"Disebabkan kelemahan ini, mereka merasakan pertandingan pencak silat tidak kelihatan seperti adanya nilai ketelusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Pemilihan Kriteria Sukan SEA 2021 di Wisma OCM, di sini.
Antara peraturan baharu itu ialah pesilat dibenarkan membuat pukulan dan tendangan lebih bebas terhadap pihak lawan termasuk menggunakan siku dan lutut kecuali pada tiga anggota badan iaitu kepala, lutut dan kemaluan.
Selain itu, mata jatuhan hanya akan direkodkan oleh ketua pertandingan manakala mata diberikan oleh barisan juri perlu mendapat persetujuan lebih daripada dua juri.
Isu keputusan berat sebelah dalam sukan pencak silat di beberapa temasya sukan bukan satu perkara baharu apabila sebelum ini jaguh negara, Mohd Al Jufferi Jamari menjadi mangsa ketidaktelusan keputusan juri pada aksi final Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang sehingga mengambil keputusan menarik diri.
Mohd Al Jufferi berbuat demikian sebagai membantah keputusan penuh kontroversi yang menyaksikan setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira oleh beberapa juri sebaliknya markah terus diberikan kepada pesilat tuan rumah Komang Harik Adi Putra.
"Jika diimbas Sukan Asia 2018, empat pesilat kita mara ke final tetapi satu pingat emas pun kita tidak berjaya raih disebabkan unsur-unsur yang sukar dikawal ini, jadi sebab itu kita cuba perbaiki kelemahan ini supaya pencak silat dengan mudah masuk ke Olimpik 2036," jelas Sulleh.
Sementara itu, Sulleh berkata peraturan baharu tersebut menjadikan pertarungan pencak silat lebih menarik untuk ditonton, sekali gus menarik minat lebih ramai penggemar sukan yang mempunyai unsur ekstrem.
"Masyarakat dunia perlu satu nilai yang lebih agresif dari segi sukan, seperti OneSilat yang pernah dipertandingkan, semua aksi ekstrem mendapat perhatian dan tontonan yang meluas, tetapi tidak bermakna tidak ada peraturan," tambah beliau.
Bernama
Fri Sep 04 2020

Peraturan baharu yang menjadikan pertandingan pencak silat lebih ekstrem merupakan nilai tambah yang tinggi kepada potensi sukan itu. - Gambar hiasan/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.