Datuk Mokhtar Dahari, Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Datuk Soh Chin Aun, dan Datuk Santokh Singh antara nama yang sering disebut-sebut sebagai legenda kegemilangan bola sepak negara.
Pencapaian dan sumbangan mereka dalam membawa maruah dan nama negara ke mata dunia terlalu besar dan menjadi inspirasi sepanjang zaman kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Namun tidak ramai tahu tentang Chow Chee Keong, seorang lagenda penjaga gol bola sepak kebangsaan.
Bagi sebahagian besar daripada kita, usia 21 tahun itu masih lagi dianggap satu usia muda untuk berseronok.
Berbeza bagi Chee Keong, mendiang telah mengorak langkah mengejar impian ketika berusia 21 tahun dengan berhijrah ke Hong Kong.
“Mendiang seorang yang berani ambil peluang dan cabaran. Pada zaman itu, Hong Kong negara pertama di Asia mempunyai liga profesional sedangkan kita masih pada tahap amatur,” kata Chin Aun ketika dihubungi Astro AWANI.
“Mendiang seorang yang pendiam. Daripada dahulu dia seorang yang tidak banyak bercakap,” tambahnya sambil mengimbau kenangan bersama Chee Keong.
Anak jati Selangor yang lahir pada 26 November 1948, mula mewakili pasukan kebangsaan pada tahun 1963 dalam skuad bawah 20 tahun ketika usianya baru mencecah 13 tahun.
Dua tahun kemudian, mendiang diserap masuk ke skuad senior, menjadikannya pemain paling muda dalam pasukan ketika itu.
Bukan itu sahaja, mendiang dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebanyak lima kali antara tahun 1966 hingga 1970.
Bekas pelajar sekolah St. John Instituition ini merupakan antara pemain negara yang terawal beraksi bersama kelab luar negara secara profesional.
Ramai tidak mengetahui bahawa, kariernya bermula di England, sebagai pekerja dan pemain untuk Bedford Town dua tahun sehingga 1968.
Pada tahun tersebut, Chee Kong berhijrah ke Hong Kong bersama sekumpulan pemain pilihan Malaysia berbangsa Cina dan berjaya memikat kelab Hong Kong Rangers FC untuk tiga perlawanan jemputan.
Kemudian, mendiang menandatangani kontrak profesional bersama Jardine FC dengan bayaran gaji HK$2,500, rekod tertinggi di Hong Kong pada ketika itu selama dua tahun.
Gaji yang diterima mendiang adalah lebih tinggi daripada pemain Eropah yang lain seperti Derek Currie and Walter Gerrard.
Mendiang kemudian berpindah ke South China AA selama tiga musim dan telah memenangi beberapa anugerah peribadi dan pasukan.
Tahun 1974 pula, Tung Sing FC menjadi kelab seterusnya dan menerima gaji sebanyak HK$7,000 tetapi berhijrah semula ke South China AA pada tahun 1977 hingga 1979.
Mendiang pulang ke Malaysia pada tahun 1979-1981 dan kemudian berpatah balik ke Hong Kong untuk bersama HK Rangers pada tahun 1981-1982.
Ketika bersama HK Rangers, pasukannya pernah pasukan lagenda bola sepak Brazil, Pele.
Disamping itu, beliau merupakan antara pemain dalam skuad kebangsaan ketika temasya Sukan Olimpik Munich 1972.
“Disebabkan kehebatan beliau di atas padang, mendiang dihormati dan dikagumi oleh rakyat Hong Kong,” jelas Chin Aun yang pernah bermain bersama mendiang dalam skuad kebangsaan pada era 1980-an.
Ketika beraksi di Hong Kong, mendiang terkenal dengan nama jolokan 'Pedang Gila' dan 'Asian Steel Gate'.
Menurut satu sumber, mendiang dilayan bagaikan kerabat diraja dan pernah dibawa ke stadium untuk menghadapi perlawanan menggunakan helikopter.
Bagaikan sirih pulang ke gagang, mendiang pulang menabur bakti untuk Malaysia pada tahun 1983 dan bersara daripada bola sepak pada 1985.
Mendiang bukan sahaja handal dalam menjaga gawang gol di atas padang malah mempunyai lesen profesional dalam sukan golf.
Kini, nama Chow Chee Keong akan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Pemergian mendiang pagi ini ternyata menyentuh jiwa seluruh rakyat dalam negara.
Hilangnya sebutir permata dalam arena bola sepak negara, selamat tinggal legenda.
BACA: Chow Chee Keong, legenda penjaga gawang Malaysia, meninggal dunia
Zaim Ibrahim
Wed Feb 21 2018
Chow Chee Keong merupakan antara skuad kebangsaan ketika temasya Sukan Olimpik Munich 1972.- Facebook Ishak Isham
A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Bersama ditalian Pakar Geostrategi, Prof Dr. Azmi Hassan.
Pemilihan lokasi taska, tadika berkeperluan khas mengikut keperluan di setiap negeri
Faktor pemilihan lokasi bagi pelaksanaan taska dan tadika berkeperluan khas dibuat berdasarkan keperluan sesuatu tempat dan kajian perlu dijalankan bagi meletakkan taska berkeperluan khas berkenaan. #AWANInews
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Perginya Chow Chee Keong, legenda yang tidak didendang
Berbeza bagi seorang lagenda bola sepak negara, Chow Chee Keong kerana pada usia baru mencecah 21 tahun, beliau berhijrah ke Hong Kong bagi mengejar impian.