BEKAS pengurus Serbia dan tokoh ikonik Serie A 1990-an, Sinisa Mihajlovic meninggal dunia pada usia 53 tahun.
Mihajlovic sebelum ini merupakan pengendali Bologna, yang juga penampilan keduanya bersama kelab itu selepas menghabiskan lebih tiga setengah tahun di sana walaupun disahkan menghidap leukemia pada 2019.
Mihajlovic kekal bersama The Greyhounds sepanjang berjuang mengharungi kanser dan menjalani pemindahan sumsum tulang pada tahun sama, yang membolehkannya melalui proses pemulihan.
Namun pada awal tahun ini Mihajlovic mendedahkan bahawa dia berdepan 'risiko kemunculan semula penyakit itu' dan akan cuba menyembuhkannya dengan rawatan.
Bagaimanapun Mihajlovic akhirnya tewas pada Jumaat apabila bekas kelab Red Star Belgrade mengesahkan kematiannya.
“Red Star Belgrade dengan penuh dukacita memaklumkan bahawa legenda Sinisa Mihajlovic telah meninggalkan kami hari ini...
“Seorang bintang hebat dan seorang lelaki yang mempunyai jiwa dan kekuatan luar biasa, meninggal dunia pada usia 53 tahun.
"Red Star Belgrade merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mihajlovic,” tulis akaun Twitter kelab itu.
Pemain pertahanan berkaki kiri itu terkenal pada era kegemilangan dengan ketajaman sepakan percuma.
Tiada pemain dalam sejarah Serie A yang menjaringkan lebih banyak sepakan percuma terus daripada Mihajlović.
Sebanyak 28 daripada 38 golnya dalam liga utama Itali dijaringkan dengan cara sepakan itu.
Semasa berkhidmat sebagai pengurus, dia terkenal kerana sering berselisih pandangan dengan pemain dan kakitangan pentadbiran kelab.
Detik paling diingatinya adalah bersama Lazio dan Sampdoria, selain berkhidmat dengan AS Roma dan Inter Milan di Itali, serta Red Star dan Vojvodina FK di negara asalnya.
Di peringkat antarabangsa, Mihajlovic bermain 63 kali untuk Yugoslavia kemudian Serbia dan Montenegro, menjaringkan 10 gol.
Bidang pengurusan pula menyaksikan dia bersama kelab Itali - Bologna, Catania, Fiorentina, Sampdoria, AC Milan serta Torino antara 2008 dan 2018.
Dia juga merupakan jurulatih Serbia untuk 19 perlawanan sepanjang pertengahan 2012 hingga lewat 2013.
Kelab pertamanya di luar Serie A adalah bersama kelab Portugal Sporting Lisbon, sebelum kembali ke Bologna pada awal 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 17 2022

Mihajlovic disahkan menghidap leukemia pada 2019. - Foto AP

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perginya pakar sepakan percuma tersohor Serie A
Mihajlovic kekal bersama The Greyhounds sepanjang berjuang mengharungi kanser dan menjalani pemindahan sumsum tulang pada tahun sama.