KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menilai semula sukan teras sedia ada dalam usaha memperbaiki mutu sukan negara terutama melibatkan kejohanan di peringkat antarabangsa.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sekiranya tidak dinilai semula dikhuatiri negara akan ketinggalan berbanding negara lain yang semakin ke hadapan.
"Untuk menilai semula sukan teras, sukan sepak takraw juga telah meminta perkara sama. Dalam perubahan terkini, kita sudah meminda Akta Pembangunan Sukan, sekarang kita sudah gazet 103 sukan (sukan teras).
"Perubahan sentiasa berlaku dimana banyak sukan-sukan baharu telah muncul. Kalau kita tidak kaji semula sukan teras, kita akan ketinggalan.
"Itu sebab kita akan menilai semula sukan-sukan teras untuk pastikan kita berjalan bersama dengan luar negara dimana sukan baharu popular dengan akar umbi mungkin kita perlu berikan peluang juga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa di sini pada Ahad.
Tambah Hannah, kajian semula itu akan melibatkan perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Kita kena bawa perbincangan bersama dalam Kabinet bersama KPM dan KPT, kerana akar umbi dan bakat-bakat muda hadir di institusi sekolah dan pendidikan tinggi kerana banyak kegiatan sukan berjalan di dalam tapak sekolah.
"Itu sebab untuk kita pastikan kita dapat platform paling besar, kita tak boleh bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atau peringkat Putrajaya atau kebangsaan. Di negeri masing-masing kita kena giatkan lagi (kejohanan sukan baharu).
"Sebab itu bila ada geran padanan yang diluluskan KBS sebanyak RM40 juta itu, kalau kita guna banyak kejohanan seperti hari ini, ia melahirkan minat baharu dalam sukan, kedua, persatuan sukan dapat tengok bakat-bakat baharu untuk menonjolkan diri mereka," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun May 21 2023

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (dua, kanan) beramah mesra dengan para peserta Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

KBS pertimbang sepak takraw kembali dalam sukan teras - Hannah
KBS memerlukan sedikit masa melakukan proses penelitian terhadap kemudahan yang disediakan pihak kerajaan serta mengadakan lebih banyak sesi taklimat umum.

Isu doping Sukma: MSN tidak akan anak tiri angkat berat
Isu doping itu juga tidak akan mengganggu sukan itu, yang masih lagi dalam pertimbangan untuk dimasukkan semula ke dalam sukan teras.

Kembalikan angkat berat sebagai sukan teras - Presiden PABM
Susulan pencapaian dua pingat emas yang disumbangkan kem angkat berat negara setakat ini di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Pelbagai langkah perlu diambil untuk kembalikan kegemilangan sepak takraw negara - GASTAK
Ia perlu dilakukan selepas beberapa persatuan sepak takraw negeri menarik diri daripada Persatuan Sepak Takraw (PSM).

KBS pertimbang kembali senarai sepak takraw sebagai sukan teras
Sukan tradisional itu mempunyai tempat istimewa dalam kalangan rakyat dan hampir segenap masyarakat bermain sukan tersebut.

Sukma: MSN buat rayuan
Perkara itu telah diputuskan dan rayuan akan dibawa ke Majlis Tertinggi Sukma 2018 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nanti.

Tiada alasan sepak takraw digugurkan daripada sukan teras, Sukma - PSM
Pihaknya tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan berkenaan digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan itu.

Bola jaring patut jadi sukan teras - PBJM
Bola jaring patut disenaraikan antara sukan teras negara berikutan populariti yang diraih berserta prestasi cemerlang skuad kebangsaan di peringkat benua sepanjang tahun ini.

MSN jawab isu sepak takraw, angkat berat, taekwondo digugur dalam sukan teras
Pengguguran sepak takraw, angkat berat dan taekwondo tidak bermakna hubungan mereka dengan MSN terputus sama sekali.