RATU skuasy Malaysia, Datuk Nicol David memulakan kempen dengan meraih kemenangan untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Juara-Juara 2019 di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu (Ahad di Malaysia).
Nicol, juara 2014 dan pilihan ke-11, yang mendapat 'bye' pada pusingan pembukaan, menewaskan juara remaja dunia, Rowan Elaraby dari Mesir; 11-9, 11-7 dan 13-11 dalam aksi pusingan kedua berlangsung kira-kira 33 minit, demikian menurut laman sesawang kejohanan; www.tocsquash.com.
Jaguh negara itu akan berdepan pemain nombor empat dunia, Joel King di pusingan ketiga pada Isnin ini (Selasa di Malaysia) selepas pemain New Zealand itu mengalahkan pemain muda Mesir, Zeina Mickawy; 11-9, 9-11, 11-8 dan 11-1 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.
Seorang lagi pemain Malaysia, Low Wee Wern, bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan itu selepas tumpas 4-11, 5-11, 11-5 dan 6-11 kepada pemain pilihan keenam, Nouran Gohar dari Mesir.
Dalam pada itu, juara kebangsaan, S. Sivasangari akan menentang pilihan ke-15, Salma Hany dari Mesir pada lewat Ahad ini.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori lelaki pada kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus Platinum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 20 2019

Nicol, juara 2014 dan pilihan ke-11, yang mendapat 'bye' pada pusingan pembukaan. - Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Permulaan baik bagi Nicol pada Kejohanan Juara-Juara
Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David memulakan kempen dengan meraih kemenangan untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Juara-Juara 2019 di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu (Ahad di Malaysia).