JEPUN sekali lagi membuktikan bahawa mereka pasukan yang lebih baik berbanding gergasi Eropah, Jerman, apabila membelasah tuan rumah Euro 2024 itu 4-1 dalam aksi persahabatan di Wolfsburg awal pagi tadi.
Pasukan Samurai Biru itu menyingkirkan Jerman dengan kemenangan 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar tahun lalu dan kali ini, mereka membuktikan ia bukan sekadar kemenangan nasib dengan menjaringkan dua gol dalam setiap separuh masa di Arena Volkswagen.
Junya Ito meletakkan Jepun di depan seawal minit ke-11 tetapi Leroy Sane kembali menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-19.
Bagaimanapun, kelegaan Jerman hanya bertahan selama tiga minit apabila Ayasa Ueda memastikan pasukan gergasi Asia, Jepun, kembali memimpin permainan menerusi jaringannya pada minit ke-22.
Pergelutan Jerman dalam mencari gol penyamaan kemudian dimaanfaatkan Jepun untuk menambah dua lagi gol pada hujung permainan, yang disudahkan Takuma Asano dan Ao Tanaka, masing-masing pada minit ke-90 dan 92.
Kekalahan itu menjadikan masa depan Flick bersama Die Mannschaft terus dipertikaikan, sembilan bulan sebelum Kejohanan Eropah membuka tirai. -- Stadium Astro
Astro Arena
Sun Sep 10 2023

Kekalahan itu menjadikan masa depan Flick bersama Die Mannschaft terus dipertikaikan, sembilan bulan sebelum Kejohanan Eropah membuka tirai. - Foto Stadium Astro
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.

Pengendali China mohon maaf, akui Harimau Malaya lebih baik
Jankovic akui China tidak beraksi dengan baik sehingga Harimau Malaya mampu mengikat pasukan kendaliannya 1-1.

Persahabatan Antarabangsa: Jepun sekali lagi aibkan Jerman
Jepun membuktikan bahawa mereka pasukan yang lebih baik berbanding gergasi Eropah, Jerman, apabila membelasah tuan rumah Euro 2024 itu 4-1.

Hong Kong belum dapat pemain terbaik berdepan Harimau Malaya
Joern Andersen berkata masih ada beberapa pemain yang terikat dengan pasukan yang diwakili dalam saingan Liga China dan sukar mendapat pelepasan.

Persahabatan antarabangsa: Pan-gon yakin aksi mantap Harimau Malaya
Kim Pan-gon yakin skuad kendaliannya itu mampu beraksi mantap berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa pada Selasa.

Cheng Hoe gesa pemain bangkit dan beri tentangan ketika berdepan Uzbekistan
Pertahanan longlai serta kesilapan mudah menggusarkan pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelang aksi terakhir siri persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Uzbekistan.