JOHOR BAHRU: Pemain pertahanan negara Shahrul Mohd Saad mengakui berdepan cabaran hebat bagi merebut kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam esok.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 30 tahun itu secara peribadi berpandangan persaingan di posisi pertahanan merupakan yang paling sengit pada kem latihan pusat pasukan negara di sini, kali ini.
Beliau berkata barisan pemain dipanggil kali ini seperti Dion Cools, Dominic Tan, Muhamad Feroz Baharudin dan Ahmad Khuzaimi Piee, kesemuanya berpengalaman luas dan berada pada tahap prestasi terbaik.
"Memang saya rasa kem kali ini yang paling sengit di bahagian pertahanan...tetapi ini bagi saya adalah satu persaingan yang sihat untuk kami, kami juga sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.
"Apa yang penting ialah sesiapa yang diberi peluang untuk bermain esok mesti memberikan yang terbaik untuk pasukan," katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini hari ini.
Kali terakhir Shahrul berada dalam skuad Harimau Malaya bimbingan Pan Gon ialah pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 Jun tahun lepas sebelum diketepikan bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai pada September tahun sama akibat faktor kecergasan.
Bekas pemain Perak itu turut tidak berada dalam pasukan negara yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 hujung tahun lalu.
Meskipun lama tidak beraksi bersama pasukan negara, Shahrul berkata beliau tidak berdepan kesukaran untuk memahami arahan dan kehendak Pan Gon pada kem latihan pusat kali ini.
"Bagi saya senang untuk menyesuaikan diri dengan dia (Pan Gon), dia beri arahan yang jelas tentang taktikal dan cara nak bermain, kita tahu bola sepak moden sekarang bukan sahaja memerlukan pertahanan untuk bertahan, tetapi (juga) untuk (elemen) penguasaan bola.
"Ini adalah satu perkara yang terbaik untuk memperbaiki diri sendiri supaya saya dapat bermain dengan lebih baik dalam taktikal dia," katanya yang membuat dua penampilan sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.
Aksi Malaysia berdepan Hong Kong ialah pertemuan kedua kedua-dua pasukan dalam tempoh sembilan bulan selepas pasukan negara menewaskan lawannya itu 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jun tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Shahrul mengakui berdepan cabaran hebat bagi merebut kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Hong Kong. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Persaingan di posisi pertahanan pasukan negara cukup sengit - Shahrul Saad
Shahrul mengakui berdepan cabaran hebat bagi merebut kesebelasan utama skuad Harimau Malaya berdepan Hong Kong.

Format baharu Liga Super peluang terbaik Perak buru kejuaraan
Ia juga peluang keemasan bagi skuad 'The Bos Gaurus' memburu slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021, andai berjaya merangkul kejuaraan tersebut.

Muhammad Safawi pemain paling bernilai ABK 2019
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Safawi, 22, berjaya mempertahankan gelaran dimenanginya pada edisi lepas, dengan rekod pemain paling muda memenangi anugerah MVP.

Cheng Hoe panggil Mohd Azizan untuk sesi latihan pusat Harimau Malaya
Malaysia menduduki tangga ketiga di belakang Thailand dan Emiriah Arab Bersatu dalam Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia.

Piala FA: Bonus berganda jika Perak berjaya mara final
Insentif sebagai pemberi semangat kepada skuad 'The Bos Gaurus' dalam usaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua jaringan tanpa bolos pada malam esok bagi melayakkan mereka mara ke peringkat akhir.

Malaysia tewaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan
Malaysia menundukkan Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tahap 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Durakovic bangga prestasi anak buah
Durakovic berkata, kejayaan berkenaan dilihat sebagai kesinambungan kepada musim terbaik buat skuad The Bos Gaurus itu kerana berjaya mara hingga ke separuh akhir.