PUTRAJAYA: Persatuan sukan kebangsaan digesa supaya mencungkil bakat tempatan baharu dan tidak hanya bergantung kepada khidmat pemain naturalisasi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Bercakap atas kapasiti peribadi, Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias berkata pemain naturalisasi, khususnya mereka yang berpengalaman, mampu memberi impak positif untuk jangka masa pendek sahaja memandangkan prestasi mereka lama-kelamaan akan menempuh tempoh di luar puncak.
Beliau berpendapat persatuan sukan kebangsaan memerlukan pelan jangka panjang dan holistik dalam melahirkan atlet cemerlang yang mengharumkan nama negara di persada dunia.
"Kita (PJS) tidak membantah pengambilan atlet naturalisasi namun perlu dilihat dalam sudut jangka masa panjang...untuk lebih mampan, adalah lebih realistik dan wajar sekiranya kita bangunkan atlet kita sendiri.
"Apabila bangunkan atlet-atlet muda, kita akan dapat atlet-atlet hebat seperti pemain bola sepak Muhammad Faisal Halim (yang beraksi cemerlang di Piala Asia 2023)," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Piala Triatlon Asia 2024 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini pada 25 Feb depan.
Sementara itu, Suhardi berkata persatuan sukan perlu selektif memilih kejohanan bagi memastikan atlet negara berada pada tahap optimum dari aspek fizikal, mental dan emosi, berbanding menyertai semua kejohanan yang berada dalam kalendar pertandingan.
Persatuan sukan katanya disarankan supaya merancang jadual penyertaan kejohanan berdasarkan tahap kemuncak prestasi atlet berbanding mengikut kalendar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Suhardi Alias berkata pemain naturalisasi, khususnya mereka yang berpengalaman, mampu memberi impak positif untuk jangka masa pendek sahaja. - Gambar fail/Bernama

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Persatuan sukan digesa cungkil bakat baharu, jangan hanya harap pemain naturalisasi
Persatuan sukan kebangsaan digesa supaya mencungkil bakat tempatan baharu dan tidak hanya bergantung kepada khidmat pemain naturalisasi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.