PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan para pemainnya mempamerkan prestasi terburuk mereka musim ini ketika tewas 1-2 kepada Fulham di laman lawan pada Ahad sekali gus memberikan tamparan kepada usaha mereka untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka dan ketinggalan dua mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool.
"Kami tidak cukup bagus. Kami turut tewas dalam perlawanan (menentang West Ham) ketika kami berhak sepenuhnya untuk menang dan hari ini kami tidak berada di tahap yang hampir sama.
"Perlawanan ini adalah berbeza kerana ia adalah prestasi terburuk musim ini," katanya.
Kekurangan kualiti di bahagian serangan menjadi kelemahan utama dalam skuad Arteta yang mungkin menghalang mereka daripada memenangi kejuaraan liga pertama dalam tempoh 20 tahun.
Tetapi Arsenal juga mengekalkan hanya satu rekod tanpa bolos dalam lapan perlawanan pada bulan Disember.
Arteta menolak cadangan yang dia perlu untuk mengukuhkan lagi skuadnya dalam jendela perpindahan Januari.
Bagaimanapun, dia memberi amaran kepada pemainnya bahawa kegagalan untuk tampil lebih baik dalam perlawanan akan datang bakal meranapkan usaha mereka untuk menyingkirkan Manchester City sebagai juara.
"Jika kami bermain seperti kami bermain dalam 19 perlawanan lain, kami akan berada di sana (menang liga). Jika kami bermain seperti hari ini, kami tidak akan berada di mana-mana. Hari ini adalah hari yang sangat sukar untuk diterima," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
![Persembahan terburuk Arsenal - Arteta Persembahan terburuk Arsenal - Arteta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704085718_BukayoSaka.jpg)
Bukayo Saka terjatuh selepas dicabar pemain lawan Joao Palhinha ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Fulham di stadium Craven Cottage, London, 31 Dis 2023. (Foto AP)
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![Chelsea kembali kelompok empat terbaik Chelsea kembali kelompok empat terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738638504_TBepl.jpg)
Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.
![EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738632111_tbManchesterCityP.jpg)
EPL: Manchester City sambar arkitek baharu dari Porto
Nico Gonzalez menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro (RM277.4 juta).
![EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738546801_rubenamorim.jpg)
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
![EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738464322_TBEPL.jpg)
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
![UEL: Amorim anggap Manchester United 'paling istimewa' UEL: Amorim anggap Manchester United 'paling istimewa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738206913_tbAmorim.jpg)
UEL: Amorim anggap Manchester United 'paling istimewa'
Amorim masih bergelut untuk menawan hati penyokong dan kini sedang menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
![EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738115258_MylesLewisSkelly.jpg)
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
![Pengadil EPL terima ancaman, ugutan jenayah ekoran beri kad merah Pengadil EPL terima ancaman, ugutan jenayah ekoran beri kad merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737941536_MichaelOliver.jpg)
Pengadil EPL terima ancaman, ugutan jenayah ekoran beri kad merah
Perkara itu juga menerima pelbagai reaksi daripada penggemar bola sepak yang memberikan pendapat berlainan mengenai hukuman berat itu.
![EPL: Man United kembali bersorak riang, pemain akademi selamatkan maruah The Red Devils EPL: Man United kembali bersorak riang, pemain akademi selamatkan maruah The Red Devils](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737933387_ManchesterUnited.jpg)
EPL: Man United kembali bersorak riang, pemain akademi selamatkan maruah The Red Devils
Aksi di Craven Cottage itu mengubati kekalahan 1-3 kepada Brighton & Hove Albion di Old Trafford, minggu lalu.
![Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714610940_eplbrunofernandes.jpg)
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.