Kelab dari Indonesia, Persija Jakarta mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Super Boost Sportsfix yang melabuhkan tirai, hari ini.
Kejayaan tersebut dibantu oleh kegagalan kelab Liga Super, Kelantan yang tewas mengejut 3-4 kepada kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Persija muncul juara kejohanan yang julung kali diadakan itu menerusi kelebihan jaringan berbanding pasukan Kelantan dan Ratchaburi FC walaupun ketiga-tiga pasukan berkenaan mengutip tiga mata.
Pada aksi malam ini, Ratchaburi FC terlebih dahulu berada di depan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Kang Soo-il yang menyudahkan hantaran silang Phillip Roller pada minit ke-10 sebelum Do Dong Hyun menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-20.
Kelalaian benteng pertahanan Kelantan dihukum oleh Narakorn Noomchansakul yang menyudahkan hantaran Phillip Roller pada minit ke-36 dan keputusan 2-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.
Sebaik sahaja perlawanan bersambung, kedua-dua pasukan saling bertukar asakan namun tuah lebih memihak pasukan Ratchaburi yang meraih gol ketiga menerusi Roller yang melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-55.
Kelantan bangkit menyusun kembali corak permainan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi pemain import baharu dari Brazil, Bruno Lopes pada minit ke-74, sebelum pemain import dari Indonesia, Ferdinand Alfred Sinaga menjadikan kedudukan terikat 3-3, selang empat minit kemudian.
Kesilapan Khairul Fahmi yang tertampan percubaan pemain gantian Ratchaburi FC, Sila Srikampang ke dalam gawang sendiri pada minit ke-89 memberikan kemenangan kepada pasukan dari Thailand itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali menyampaikan piala kejohanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Total Sports Asia, Marcus Luer yang mewakili pasukan Persija Jakarta yang telah pulang ke Indonesia pada Rabu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
Lokman (kiri) menyampaikan piala kemenangan kepada Marcus (dua, kanan) bagi mewakili Pasukan Persija Jakarta di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SportsFix Carl Kirchhoff. --fotoBERNAMA
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
JDT jalin kerjasama dengan PSG perluas pembangunan bola sepak
Kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) mencapai persetujuan bagi menjalin kerjasama bersama gergasi Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).
EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool
Gol penyamaan Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Salah jaringkan gol untuk mendahului pada minit ke-70.
Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan
Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor PA Media/dpa.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.
Bekas pemain Kanada, Rob Friend dilantik selaku CEO pertama Harimau Malaya
Rob Friend telah melakukan 32 penampilan antarabangsa bermula dari 2003 ketika berusia 22 tahun sehingga 2011 ketika beliau berusia 30 tahun.