KUALA LUMPUR: Tatkala peraturan baharu menjadi igauan kem pencak silat negara menjelang Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada Mei ini, bekas juara dunia Mohd Al Jufferi Jamari lebih memikirkan nasibnya yang bakal 'bertempur' dalam kelas baharu buat kali pertama selepas 12 tahun.
Malah, perubahan daripada Kelas E (65-70 kilogram (kg)) ke kelas lebih berat iaitu Kelas F (70-75 kg) itu menjadi faktor utama yang mampu menggugat peluang Mohd Al Jufferi menambah koleksi pingat emas yang dimenanginya sebelum ini.
Tanpa menceritakan secara terperinci, pemenang pingat emas empat Sukan SEA itu berkata kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu.
"Di sini masalah saya bukan tentang peraturan baharu tetapi tentang kelas yang telah ditukar, bukan senang untuk kita capai satu tahap atau prestasi puncak kita, selain berasa selesa dengan sesuatu kelas itu kerana Kelas F adalah kelas berat berbanding E yang lebih ringan.
"Kelas E memerlukan kelajuan, Kelas F pula memerlukan 'power'. Untuk saya sesuaikan diri dalam jangka pendek bukan perkara mudah, jadi kali ini saya mungkin sasarkan ke final saja," katanya pada sidang media Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, hari ini.
Mengulas lanjut, juara dunia 2016 itu berkata beliau baru tujuh bulan berlatih dalam Kelas F dan mendapati dirinya adalah pesilat Kelas F dengan berat badan paling ringan iaitu sekitar 71 kg berbanding pencabarnya yang rata-rata memiliki berat badan lebih 74 kg.
"Dengan berat badan yang ringan, agak sukar untuk saya dapat menguasai benda-benda baharu terutama dari segi teknik kerana kalau dulu sepatutnya ia mudah untuk dilaksanakan tetapi ia jadi susah dan lebih berat," katanya.
Sebagai rekod, pada Kejuaraan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 di Singapura pada Februari lepas, Mohd Al Jufferi mengalami kecederaan yang memaksa beliau menarik diri daripada membuat perhitungan menentang pesilat Vietnam Vu Duc Hung pada final Kelas F.
Mohd Al Jufferi memenangi empat pingat emas Sukan SEA berturut-turut sejak 2011 di Indonesia dan mengulanginya di Myanmar pada 2013, sebelum mencipta hatrik pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan melengkapkan rekod cemerlangnya itu pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Harapan beliau untuk meraih pingat emas kelima pada Sukan SEA 2019 di Filipina tidak kesampaian apabila kelasnya tidak dipertandingkan yang menyaksikan kem pencak silat negara membawa pulang dua pingat emas masing-masing menerusi acara tanding dan seni.
Pada Sukan SEA Hanoi bermula 12 hingga 23 Mei ini, pencak silat kembali menjadi antara jenis sukan menawarkan jumlah pingat emas tertinggi yang menyaksikan sebanyak 16 acara dipertandingkan berbanding hanya sembilan pada edisi 2019 di Filipina.
Kem pencak silat negara yang terdiri daripada 28 atlet, menyasarkan tiga pingat emas iaitu dua menerusi acara tanding dan satu bagi acara seni di Hanoi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022

Kecederaan yang dialami Mohd Al Jufferi sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu. - Bernama
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Sukan SEA: Enam pesilat negara buru pingat emas esok
Enam pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini.

Penampilan pertama di Sukan SEA, Shahrul galas tanggungjawab besar
Pesilat muda, Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman memikul tanggungjawab yang cukup besar di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara
Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi hari ini.

Silat: Muhammad Robial, Nor Farah dan Nor Izzatul lakar nama sebagai juara baharu dunia
Aksi ketiga-tiga mereka berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.

Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Sukan SEA Hanoi: Pesilat negara raih gangsa
Hasrat Luqman beraksi di persembahan penentuan emas tidak tercapai apabila tewas kepada Chomsy Sayasan.

Sukan SEA: Al-Jufferi yakin mara ke final
Dia berpegang kepada ajaran hulubalang dahulu kala betapa darah bangsa kita tiada tandingan.

Pesilat negara sedia berdepan pukulan, tendangan lebih ekstrem di Hanoi
Jaminan itu diberikan jurulatih pencak silat negara Mazlan Shaari selepas melihat kemajuan anak buahnya.

Perubahan kelas gugat peluang Mohd Al Jufferi raih emas kelima Sukan SEA
Kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.