Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, yang sebelum ini dikenali sebagai Mhow, kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Beberapa kumpulan tempatan telah menganjurkan "perhimpunan kemenangan" bagi meraikan kejayaan India menewaskan New Zealand dalam aksi final kejohanan kriket "Champions Trophy" di Dubai pada Ahad.
Pergaduhan tercetus selepas perarakan itu tiba berhampiran Masjid Jama dan seseorang didakwa membaling mercun ke dalam masjid ketika solat Tarawih sedang berlangsung, menurut laporan media tempatan.
Polis telah menahan 13 individu atas tuduhan melakukan kebakaran dan keganasan, dan keadaan kini "terkawal", lapor agensi berita PTI pada Isnin, memetik pentadbiran tempatan.
Keganasan oleh perusuh juga dilaporkan berlaku di beberapa lokasi lain di bandar berkenaan.

-- BERNAMA
