MELAKA: Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, persembahan pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.
Beraksi dalam kategori Tempur Kelas F lelaki, juara dunia tiga kali itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah sebelum menewaskan lawan dari India, Suraj Kumar dengan keputusan 41-16 untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Bukan mudah untuk bermain dengan pemain baharu kerana mereka ini suka dan awal-awal sudah mengkaji teknik dan taktikal kita.
Mereka dah kaji teknik saya dan untuk itu saya tidak boleh pandang rendah pada mereka," katanya pada media selepas perlawanan yang berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Bagi aksi esok, pemenang pingat emas empat kali temasya Sukan SEA itu bakal bertemu pesaing dari Filipina Alvin Campos yang sebelum itu menewaskan peserta Belanda Rex Burema dengan keputusan 45-20.
Bagi kategori seni, kelincahan Mohd Shukrillah Badrilah dalam saingan solo lelaki berjaya menewaskan pesilat Vietnam Tran Duc Danh dengan keputusan 9.895 mata.
Kategori seni juga menyaksikan seorang lagi pesilat negara Luqman Laji mara ke pusingan seterusnya dalam kategori seni solo lelaki selepas menewaskan pesaing dari Brunei Darusalam, Muhd Ali Saifullah Abdullah Md Suhaimi apabila mencatat 9.940 mata.
Bagaimanapun regu wanita negara yang menggandingkan Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Nur Khairinnisa Hail dalam aksi seni terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Indonesia apabila tewas tipis dengan 0.01 mata.
Pada aksi tersebut regu Indonesia Envy Tri Susilowati, Riana Oktaviana dan Riva Hijriah mempamerkan persembahan mantap dalam tempoh genap tiga minit yang ditetapkan untuk mengutip 9.945 mata bagi memastikan kemenangan pasukan negara itu.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia yang berlangsung selama enam hari itu disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah, Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari (kiri) ketika beraksi menentang pesilat India Suraj Kumar pada perlawanan peringkat kelayakan kategori Tanding di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Thamaraj, atlet silat berbangsa India pertama negara raih juara dunia
Kemenangan Thamaraj menyaksikan dia menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, dalam pertarungan akhir kategori bebas putera.

'Honor of Kings' bawakan pek bahasa Melayu bersama dialek negeri, 'skin' karakter silat
Wira-wira bertutur dalam dialek negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, dan Sarawak.

SUKMA 2024: Sabah bolot empat emas di gelanggang silat
Pesilat Sabah mencipta sensasi selepas menyambar empat daripada 20 pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri hari ini.

Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.

AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.

Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.

Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.

KPM sedia pertimbang peruntukan bangunkan, memperkasa sukan tempur di sekolah
Ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di sekolah.

Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaran Silat Premier Antarabangsa 2023
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi.