KUALA LUMPUR: Seorang daripada 38 pesilat dan pegawai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang balik dari lawatan ke Asia Tengah baru-baru ini bagi menguji peraturan baharu yang bakal digunakan pada Sukan SEA 2021 disahkan dijangkiti COVID-19.
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang sejak Jumaat lepas selepas tiba di tanah air pada 4 April lepas dari Kyrgyzstan.
Susulan itu, Presiden PESAKA Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata tempoh proses kuarantin wajib keseluruhan 37 baki rombongan itu terpaksa dilanjutkan sehingga menerima keputusan saringan COVID-19 (PCR) yang akan diketahui selewat-lewatnya esok.
"Kesemua 38 mereka negatif ujian PCR sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Ada kemungkinan dia (pesilat) dijangkiti dalam perjalanan pulang daripada Kyrgyzstan, mungkin kena di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai atau di Kyrgyzstan.
Tapi saya rasa agak terkilan kerana dia (pesilat) tidak menunjukkan sebarang simptom, dia dalam keadaan yang baik, tidak demam dan ada selera makan," katanya pada sidang media Persidangan Tahunan PESAKA di sini, hari ini.
Dalam siri lawatan itu, keseluruhan 38 pesilat dan pegawai telah menguji peraturan baharu yang cenderung kepada konsep seni pertahankan diri campuran (MMA), menerusi latihan dan pertandingan selama 14 hari di Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyzstan.
Perubahan peraturan itu secara umumnya mengizinkan pertandingan dijalankan secara berterusan selama antara dua hingga tiga minit, berbanding peraturan lama yang boleh dihentikan apabila berlaku pelanggaran berat antara pesilat.
Dalam pada itu, Megat Zulkarnain menzahirkan rasa terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atas keprihatinan diberikan dalam mengendalikan kes jangkitan COVID-19 melibatkan pesilat negara itu.
Katanya, PESAKA akan memberikan kerjasama dari semasa ke semasa dengan agensi penguatkuasaan terlibat bagi memastikan tidak timbul kluster melibatkan kem pesilat negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021

Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di PKRC MAEPS Serdang sejak Jumaat lepas selepas tiba di tanah air pada 4 April lepas dari Kyrgyzstan. - Gambar hiasan/ Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sukan SEA: Enam pesilat negara buru pingat emas esok
Enam pesilat negara mengesahkan slot ke pentas akhir acara silat tanding selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Chroy Changvar hari ini.

Penampilan pertama di Sukan SEA, Shahrul galas tanggungjawab besar
Pesilat muda, Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman memikul tanggungjawab yang cukup besar di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Tampil semangat juang tinggi di Sukan SEA Kemboja - Jurulatih silat negara
Barisan pesilat negara perlu menampilkan semangat juang tinggi ketika beraksi di Sukan SEA Kemboja yang bermula secara rasmi hari ini.

Silat: Muhammad Robial, Nor Farah dan Nor Izzatul lakar nama sebagai juara baharu dunia
Aksi ketiga-tiga mereka berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.

Pesilat negara mula langkah kanan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Biarpun kecederaan pada bahu kanan masih belum sembuh sepenuhnya, Mohd Al Jufferi Jamari tetap ampuh apabila bermula langkah kanan pada saingan hari pertama Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022.

Sukan SEA Hanoi: Pesilat negara raih gangsa
Hasrat Luqman beraksi di persembahan penentuan emas tidak tercapai apabila tewas kepada Chomsy Sayasan.

Sukan SEA: Al-Jufferi yakin mara ke final
Dia berpegang kepada ajaran hulubalang dahulu kala betapa darah bangsa kita tiada tandingan.

Pesilat negara sedia berdepan pukulan, tendangan lebih ekstrem di Hanoi
Jaminan itu diberikan jurulatih pencak silat negara Mazlan Shaari selepas melihat kemajuan anak buahnya.

Perubahan kelas gugat peluang Mohd Al Jufferi raih emas kelima Sukan SEA
Kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan beliau sukar untuk menurunkan berat badan sekali gus terpaksa akur beraksi dalam kategori baharu.

Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.