KUALA LUMPUR: Petronas pada Rabu diumumkan sebagai penaja utama baharu bagi pasukan MIE Racing Honda Team menjelang Kejohanan Dunia Superbike Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) 2023 yang akan bermula di Pulau Phillip, Australia hujung minggu akan datang.
Perjanjian dengan Petronas itu akan membolehkan pasukan berkenaan mengembangkan projeknya dan menetapkan beberapa matlamat besar untuk musim ini dan seterusnya.
Semasa pasukan Honda Petronas MIE Racing terus bersaing dalam Superbike Dunia dengan pelumba - Hafizh Syahrin Abdullah dari Malaysia dan dari Brazil Eric Granado, musim ini juga akan menyaksikan ia menampilkan pasukan Supersport buat pertama kalinya, dengan pembentukan pasukan baharu Petronas MIE MS Racing Honda Team.
Dalam kelas Supersport, mereka akan menggunakan khidmat penunggang muda lagi berbakat Tarran Mackenzie dari England dan seorang bakat tempatan Muhamad Adam Norrodin.
Terdahulu semalam semua empat penunggang itu bersama dengan pemilik MIE Racing, Midori Moriwaki dan wakil daripada Petronas memperkenalkan jentera Honda CBR1000RR-R dan Honda CBR600RR yang akan bersaing masing-masing dalam kelas Superbike dan Supersport, dalam persembahan secara maya.
"Ia sememangnya kebanggaan dan kepuasan sebenar bagi Pasukan Honda MIE Racing kerana dapat mengumumkan kerjasama bertahun-tahun dengan Petronas," kata Moriwaki dalam kenyataan pada Rabu.
Sementara itu Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata Petronas amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Midori dan sangat teruja memulakan projek terbaru ini.
"Kami pernah bekerjasama dengan Midori sebelum ini dan kami mengharapkan perkongsian yang berjaya dengan Petronas MIE Racing Honda Team, kerana Kejuaraan Dunia FIM Superbike akan memberi peluang untuk memacu kemajuan teknologi minyak kami dalam sukan permotoran dan meletakkan Petronas sebagai jenama komersial," katanya.
Sementara itu dengan kemunculan Petronas, MIE Racing bersedia untuk memberi tumpuan kepada projek jangka panjang yang lebih luas serta pembangunan 'program akademi' yang akan menyaksikan rakan kongsinya bergabung tenaga untuk memanfaatkan Kejohanan Dunia Superbike dan Supersport sebagai platform dan pemangkin untuk program pembangunan bakat di Malaysia.
Usaha ini juga akan membolehkan Petronas mempamerkan kepakarannya dan menjalankan ujian serta pembangunan produk bersama pasukan, yang akan membantu memperkasakan produk premium syarikat tenaga itu bagi pengeluaran motosikal superbike berprestasi tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Hafizh Syahrin Abdullah (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan. - Foto Facebook/Mie Racing Japan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.

Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak
Petronas mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.