KUALA LUMPUR:Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) akan membuat analisis terperinci selepas pelumba pasukan itu, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli menghadapi beberapa isu termasuk masalah tayar pada Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon, Sepanyol pada Ahad.
Prinsipal pasukan itu Datuk Razlan Razali bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18, walaupun berhadapan dengan masalah tayar depan dan sukar beraksi selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan ketiga pada Sabtu.
Morbidelli mencatatkan masa 41 minit 59.147 saat manakala Quartararo merekodkan 42:15.889 saat dalam perlumbaan 23 pusingan.
"Perkara seperti ini berlaku dalam perlumbaan, kami hanya perlu belajar daripadanya dan kembali dengan lebih baik minggu hadapan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan berkenaan hari ini.
Pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (41:57.035 saat), mengambil alih kedudukan pendahulu Kejohanan Dunia MotoGP daripada Quartararo dengan 121 mata, manakala Quartararo turun ke tangga kedua selepas memperoleh 115 mata.
BACA: MotoGP: Rins tidak percaya raih kemenangan pertama
BACA: GP Aragon: Pelumba Petronas Yamaha bermula di barisan hadapan
Pelumba Sepanyol Maverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha yang berada di tempat keempat (41:57.271 saat), naik ke tangga ketiga dengan 109 mata manakala Morbidelli di kedudukan keenam dengan 87 mata selepas 10 perlumbaan.
Sementara itu, Razlan memuji pelumba Moto2 dan Moto3 Petronas Sprinta, Jake Dixon dari Great Britain, dan pelumba Scotland, John McPhee yang menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Dixon meraih kedudukan terbaik musimnya selepas mendapat tempat keempat dengan catatan masa 39 minit 42.500 saat manakala McPhee merekodkan 37:45.377 saat dalam perlumbaan 19 pusingan.
BACA: Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
BACA: MotoGP: Hafizh Syahrin masih bergelut dengan kecederaan
Beliau juga memuji rakan sepasukan Dixon, Xavi Vierge dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 (39:59.949 saat) walaupun baru pulih daripada patah tulang di kedua-dua kaki selepas terlibat dalam kemalangan pada GP Perancis di Litar Le Mans baru-baru ini.
Razlan dalam pada itu berharap pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) yang juga rakan sepasukan McPhee, meningkatkan prestasinya menjelang GP Teruel minggu hadapan, dijadual diadakan di litar sama dari 23 hingga 25 Okt. Beliau masih belum memperoleh sebarang mata selepas 11 perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020

Razlan (kanan) dan Quartararo pada satu sidang media di Litar Antarabangsa Sepang, Feb 2020. --fotoBERNAMA/Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Morbidelli letak sasaran lebih tinggi dalam musim ketiga bersama SRT
Pelumba Itali yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) semenjak 2019 itu bertekad untuk menjadi juara apabila kembali mencelapak jentera Yamaha YZR-M.

SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.

Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.

Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah
Khairul Idham Pawi bakal digugurkan oleh Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi saingan Moto2 musim depan.

Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon
Razlan bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18.

Quartararo, Morbidelli tekad teruskan prestasi hebat di GP Perancis
Quartararo yang merekodkan masa terpantas tahun lepas di Litar Le Mans berkata ia adalah antara litar kegemarannya.

Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
Sebelum ini, Razlan meluahkan kekecewaan terhadap penunggang kelahiran Perak itu melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.

Adam Norrodin kecewa gagal tamatkan perlumbaan
Adam hanya sempat melengkapkan lima daripada 18 pusingan di Litar Sepang, terjatuh di selekoh keempat.

Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.