Selepas empat tahun tidak aktif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kini kembali berfungsi apabila kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden baru persatuan itu.
Selaku presiden, Hairuddin akan mewakili PFAM di Mesyuarat Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) Asia di Melbourne pada Selasa.
Hairuddin jelas dilihat calon sesuai mempimpin persatuan ini, untuk mewakili pemain-pemain lain dalam kancah Liga M.
Beliau adalah antara pemain paling senior yang masih mengerah kudrat dalam saingan Liga M ketika ini.
Hairuddin juga cukup sinonim dengan masalah-masalah yang kerap dihadapi pemain dalam saingan domestik.
Menerusi kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa, Hairuddin mahu meningkatkan keberkesanan persatuan ini.
"Buat masa ini sudah ada 160 pemain yang mendaftar sebagai ahli.
Saya harap ramai lagi pemain akan menghubungi kami untuk menjadi kami, kami perlu perkasakan semula persatuan ini," kata Hairuddin.
Pembabitan Hairuddin bersama PFAM turut disokong jurulatihnya di ATM, B Sathianathan.
"Dalam bola sepak, yang paling utama adalah pemain-pemain. Kini dengan adanya PFAM, ia dapat menjadi suara yang mewakili hak pemain-pemain dalam kancah Liga M," kata bekas pengendali kebangsaan ini ketika dihubungi Astro Awani pada Selasa.
Selain Hairuddin, turut terbabit dengan PFAM ialah dua lagi pemain ATM, Reezal Zambry yahya dan bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan.
Reezal adalah Timbalan Presiden PFAM, manakala Shukor adalah exco persatuan itu, bersama dengan tiga lagi pemain, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safee Sali (Johor D-T) dan P Gunalan (PKNS Selangor).
Fadzrie Hazis
Tue Jun 11 2013
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pendekatan Harimau Malaya berdepan ujian - Hairuddin
Bekas ketua pasukan kebangsaan, Hairuddin Omar, melabel Malaysia kini tersepit dalam misi wajib menang bagi baki perlawanan pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
PFAM minta FMLLP teliti semula jadual Liga Malaysia
PFAM mendapati kebanyakan jadual perlawanan liga tidak memperuntukan tempoh rehat yang mencukupi iaitu minimum tiga hari antara setiap dua perlawanan.
Cari penyelesaian tingkat prestasi Harimau Malaysia - Hairuddin
Amat menghairankan apabila prestasi dan ranking Harimau Malaysia merosot tetapi pada masa sama kelab Liga Malaysia seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan prestasi amat baik.
Tiada isu tunduk kepada Singapura
Sepak mula Liga Super di Singapura tidak boleh dilewatkan kerana peraturan stadium mahu semua aktiviti ditamatkan pada 11:00 malam.
Hai-O hairan FAM ikut telunjuk Lions XII
Ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) Hairuddin Omar terkilan apabila permohonan menangguhkan jadual perlawanan 8.30 malam selama sejam di Stadium Jalan Besar tidak dilayan.
PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain
Dengan perlantikan Hairuddin Omar sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) akan membantu dengan membawanya ke Fifpro, sebelum dirujuk ke FIFA.
PFAM kembali bernafas
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kini kembali berfungsi apabila Hairuddin Omar dilantik sebagai presiden persatuan.