KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak menyifatkan kesilapan penjaga gol membawa jaringan pertama kelab Al Seeb merupakan titik peralihan kepada kekalahan 0-3 di aksi final Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Mengakui Al Seeb sebagai pasukan yang berkualiti, Hodak berkata membolos gol pembukaan akibat kesilapan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza, adalah sesuatu yang jarang berlaku.
"Mereka (Al Seeb) hanya mempunyai dua peluang tetapi menjaringkan tiga gol akibat kesilapan gol pertama.Pasukan utama Asia seperti Al Seeb dari Oman akan menghukum anda jika melakukan kesilapan seperti itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Ditanya sama beliau kesal tidak memilih Azri Ghani sebagai penjaga gol utama berbanding Mendoza, jurulatih dari Croatia itu berkata Mendoza berhak berakhir pada final selepas berjaya menyelamatkan beberapa percubaan sepanjang saingan tersebut dan merupakan antara penjaga gol terbaik di liga Malaysia.
"Tiada siapa menjangka kami akan memenangi perlawanan sukar di tempat lawan menentang ATK Mohun Bagan dari India dan PFC Sogdiana Jizakh dari Uzbekistan yang membawa kepada perlawanan akhir, jadi kami telah mencapai banyak kejayaan," katanya.
Meskipun kekalahan itu pastinya sukar diterima namun beliau berharap kekalahan di sini tidak akan mematahkan semangat anak buahnya untuk mempertahankan Piala Malaysia.
Dalam pada itu, pengurus Al Seeb, Rasheed Jabar Al-Yafai, gembira dapat memenuhi impian kelab untuk merangkul Piala AFC dan menjadi kelab Oman pertama memenangi pertandingan paling berprestij itu di Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Reaksi Jurulatih pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak selepas tamat perlawanan pada Perlawanan Akhir Piala AFC 2022 di antara pasukan KL City FC menentang pasukan Al- Seeb Club. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak
Kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC, hari ini.

Jurulatih datang dan pergi - Hodak
Hodak mengejutkan bola sepak tanahair apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai pengendali skuad warga kota pada Rabu.

Bojan Hodak lepas jawatan ketua jurulatih KL City
Keputusan diambil jurulatih berusia 52 tahun itu selepas mendapat tawaran kelab Indonesia, Persib Bandung.

Piala FA: Bojan Hodak bukan ahli silap mata, akui KL City berdepan masalah pembayaran gaji
KL City mara ke final selepas menewaskan Terengganu FC 4-2 dalam penentuan sepakan penalti aksi separuh akhir di Gong Badak semalam.

Liga Super: TRW bangkit ikat City Boys
Kelantan FC bangkit ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) FC 2-2 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.

KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.

ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.

KL City FC perlu belanja lebih besar musim depan - Bojan Hodak
Bojan Hodak mendakwa KL City adalah antara kelab dengan perbelanjaan terkecil sehingga menyukarkan beliau membentuk sebuah pasukan terbaik musim ini.