Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand pada 20 Dis ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemeriksaan ketat akan dilakukan kedua-dua pihak di setiap pintu masuk Stadium Nasional bagi memastikan insiden kekecohan penonton pada perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas, tidak berulang.
Sehubungan itu, beliau meminta para peminat memberi kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas bagi memastikan perlawanan final kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"FAM dan pihak polis akan melakukan pemeriksaan ketat di bahagian badan pada hari perlawanan dan kita jangka pergerakan masuk penonton ke stadium akan menjadi perlahan.
"Jadi, saya mohon kepada penyokong yang bakal hadir menerima keadaan ini untuk kebaikan bersama. Kali ini, kita ambil serius soal keselamatan (penyokong pasukan pelawat)," kata Hamidin ketika diminta mengulas persediaan keselamatan oleh FAM bagi menghadapi final kedua Piala AFF Suzuki 2014.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri majlis undian Piala FA 2015, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hamidin mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam, pada 7 Dis lepas.
Beliau sebaliknya memberitahu FAM hanya menerima surat tunjuk sebab daripada Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) berhubung insiden berkenaan yang turut mendapat kecaman daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berikutan kawalan keselamatan yang longgar.
"Saya ada membaca laporan media mengenai kita bakal menerima surat tunjuk sebab daripada AFC namun setakat ini, kita tidak menerima apa-apa surat daripada mereka. Hanya AFF menghantar surat tersebut kepada kita," jelas Hamidin.
Hamidin berkata FAM tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan mana-mana penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan perkara berkenaan melibatkan undang-undang.
Beliau menjelaskan sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, badan induk itu bimbang penyokong terlibat bakal membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.
"Kita ada berbincang perkara tersebut bersama Presiden FAM (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan pihak polis semalam, namun kita perlu melihatnya dari segi undang-undang kerana mana-mana kesalahan yang sudah ditangani oleh pihak polis boleh dirayu di mahkamah," katanya.
Khairy sebelum ini menyarankan FAM mengharamkan penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bagi mengekang kekecohan oleh samseng bola sepak, terutama dalam perlawanan penting.
Sebagai rekod, Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam, 4-2 dengan kemenangan agregat 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Khamis lepas.
Thailand pula layak ke final selepas membenam Filipina dengan agregat 3-0.
Bernama
Sun Dec 14 2014
FAM & PDRM bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena final kedua Piala AFF. -Gambar fail
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.
Pengadil mesti 'independent' bukan di bawah FAM - TMJ
Pemilik JDT selar sesetengah kelab gemar salahkan FAM dan MFL bila hadapi masalah termasuk tidak mampu bayar gaji pemain.
Ferdy Druijf pemain warisan baru dari Belanda perkuat Harimau Malaya?
Nama Ferdy Druijf menjadi bualan hangat dengan pemain berusia 26 tahun itu dijangkakan pemain dari Belanda yang akan memperkuatkan Harimau Malaya.
Hai-O bakal dilantik sebagai penolong Peter Cklamovski?
Kembalinya semula Hai-O ke FAM dianggap sebagai 'pejuang' pemain tempatan dalam skuad kebangsaan nanti.
FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi 'on the way'
Malah, FAM turut mengesahkan mereka turut dalam proses bagi melengkapkan pendokumentasian bagi empat pemain lain.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
Jersi baharu Harimau Malaya dengan rekaan warna kebangsaan ikonik pasukan
Jersi rasmi utama dan 'away' Harimau Malaya, seperti kebiasaan, direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, melambangkan kebanggaan dan daya tahan.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.