Menurut pengumuman rasmi badan induk, Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang bukti kukuh untuk menuduh individu tersebut, sebaliknya dia tidak bersalah atas kesilapan yang dilakukan sewaktu tewas kepada The Lions itu.
Terdahulu, FFC melancarkan satu siasatan mengenai spekulasi Vireak Dara menjual permainan.
Peminat tempatan menggesa FFC menjalankan siasatan terhadap kontroversi yang dilihat membuat percaturan terhadap dua kesilapan besar yang dilakukannya. -- Stadium Astro
