DOHA: Malaysia tidak akan mengubah pendekatan permainan yang berani dan pantas biarpun tekanan sedang memuncak menjelang perlawanan hidup mati bertemu Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hammad esok.
Ketua Jurulatih Kim Pan Gon berkata skuad Harimau Malaya sudah bermain dengan pendekatan sama sejak beliau mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan barisan pemain semakin selesa serta memahami lebih mendalam apa yang dimahukannya.
Pengendali dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu berkata pendekatan permainan pasukannya juga berhasil memberikan kemenangan demi kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar dan itu adalah DNA bola sepak Malaysia yang mahu diterapkan.
Justeru beliau akan mengekalkan pendekatan sama yang digunakan ketika tumpas 0-4 di tangan Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas (awal pagi Selasa) apabila berdepan skuad Dilmun's Warriors itu.
"Sejak dua tahun lepas, kita berhadapan dengan pasukan yang serupa seperti Jordan - Syria, China, India, dan Tajikistan. Menang, seri, atau kalah, kita akan betarung dengan cara yang sama... ini adalah cara kita, ini adalah cara Malaysia. Kita memberikan kemenangan 10-0, kemenangan 4-1, kemenangan 4-2, dan kita menjaringkan banyak gol dengan taktikal ini.
"Bagi perlawanan Bahrain, sama juga, kita akan mendekati dengan berani untuk cuba menguasai dan menyerang mereka untuk membuat mereka bergelut. Ini cara Malaysia, jika kita tidak melakukan ini, ini bukan Malaysia," katanya dalam sidang media praperlawanan, di sini, hari ini."
Pan Gon berkata pasukannya akan cuba memburu gol awal, namun perlu berhati-hati dan bermain secara bijak memandangkan Bahrain adalah pasukan yang kuat.
Pada masa sama, beliau berkata para pemain telah melupakan kekalahan memeritkan di tangan Jordan dan kini berada pada tahap terbaik dari segenap aspek terutama dari segi mental dan psikologi.
"Selepas kekalahan besar, pemain dan saya sendiri sebagai jurulatih rasa kecewa. Keputusan tidak seperti yang dijangkakan tetapi itulah bola sepak. Pemain kini sudah cukup matang dan tahu bagaimana menguruskan situasi. Kami adalah Malaysia, mereka mempunyai mentaliti yang sangat kuat dan yakin pemain akan bangkit dengan lebih kuat," katanya.
Sementara itu, pemain pertahanan tengah negara Mohd Shahrul Mohd Saad melihat perlawanan esok sebagai titik perubahan pasukan dan percaya rakan sepasukannya mampu mencipta keputusan positif.
"Kami akan memberikan segala-galanya dan berjuang sehingga tamat untuk mendapatkan tiga mata. Walaupun sukar tetapi kami tidak akan berputus asa dan percaya dalam membuat sesuatu," kata pemain kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 30 tahun itu.
Malaysia dan Bahrain memulakan kempen Kumpulan E dengan langkah sumbang yang menyaksikan Bahrain tumpas 1-3 kepada juara dua kali, Korea Selatan, manakala Malaysia yang beraksi di bawah tahap sebenar diaibkan Jordan 0-4.
Sebagai rekod, Bahrain menang dalam tiga pertemuan terakhir berdepan Malaysia dengan kali terakhir mereka bertemu menyaksikan Bahrain terpaksa bekerja keras sebelum menang 2-1 pada aksi kumpulan saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur pada Jun 2022.
Perlawanan esok merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di pentas Piala Asia.
Bahrain yang dibimbing Juan Antonio Pizzi menghuni ranking dunia lebih baik di posisi ke-86 manakala Malaysia di tangga ke-130.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Ketua Jurulatih Kim Pan Gon berkata skuad Harimau Malaya sudah bermain dengan pendekatan sama sejak beliau mengambil alih pasukan pada Januari 2022 dan barisan pemain semakin selesa serta memahami lebih mendalam apa yang dimahukannya. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Polis Selangor berjaya menahan empat individu warga asing yang disyaki terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit melibatkan lapan kes di enam daerah sekitar Lembah Klang.
Tukang rumah ugut Harith Iskander dan keluarga dipenjara lima bulan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah mengugut dan menakutkan bekas isteri pelawak dan pelakon, Harith Iskander, minggu lalu.//
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Majistret S. Mageswary turut memerintahkan Izzudin Md Salim yang berusia 31 tahun menjalani hukuman penjara tambahan sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.