KUALA LUMPUR: Momentum kemenangan skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan pada Piala Asia 2024 terhenti selepas mengalami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A, di Chonburi, Thailand hari ini.
Aksi berlangsung di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi menyaksikan Kazakhstan membuka tirai jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan pukulan sudut penalti Viktoriya Labanova disusuli gol dari situasi sama oleh Balzhan Baisenbay, selang dua minit kemudian.
Kazakhstan terus menambah derita skuad negara apabila Viktoriya Lyapina menyumbat masuk gol padang pada minit ke-23 sebelum tonggak pertahanan kebangsaan, Fazila Sylvester Silin memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-28 untuk menjaringkan gol sagu hati buat Malaysia.
Bagaimanapun, pasukan lawan kembali melebarkan kedudukan apabila Lovanova dan Baisenbay masing-masing menggandakan jaringan peribadi pada minit ke-33 menerusi pukulan sudut penalti serta minit ke-34 hasil jaringan padang.
Ketua jurulatih Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengakui anak buahnya tidak menampilkan permainan baik seperti ditampilkan mereka ketika membelasah Vietnam 25-0 dan Oman 12-1, semalam.
"Pemain masih melakukan kesilapan-kesilapan mudah dan tidak menterjemahkan kelebihan pukulan sudut penalti kepada jaringan.
"Kelemahan pada perlawanan ini perlu segera kami baiki menjelang pertemuan dengan Iran (petang ini).
"Iran juga merupakan pasukan yang mampu memberikan aksi yang baik dan kami tidak boleh memandang mudah terhadap mereka," katanya dalam kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A. - FB Malaysian Hockey Confederation

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.

Skuad hoki Malaysia kini naik tangga ke-10 hoki dunia
Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Muhammad Razie wira Speedy Tigers raih kemenangan sulung di UK
Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya meraih kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, selepas menewaskan kelab England Beeston H.C 3-1 di Pusat Hoki Nottingham, awal pagi tadi.

Ramadan 2021: Skuad hoki lelaki kebangsaan kekal ceria jalani latihan
Ibadah puasa pada bulan Ramadan bukanlah penghalang bagi pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk menjalani latihan.

Atlet perlu bermain untuk masa depan sendiri dan pasukan - Mirnawan
Skuad hoki lelaki negara diingatkan agar bermain untuk kepentingan dan masa depan sendiri dan pasukan jika mahu melakar sejarah.

Jangan bandingkan skuad bola sepak dengan skuad hoki negara
Kapten hoki Malaysia Sukri Mutalib berkata, perbandingan sebegitu tidak perlu dicetuskan kerana tidak memberikan apa-apa manfaat kepada sesiapa sahaja.

Skuad hoki lelaki beri amaran awal
Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan mengutip mata penuh apabila membelasah Vietnam 13-0 pada perlawanan pembukaan temasya Sukan SEA ke-27 di Stadium Hoki Theinphy di sini, hari ini.