KUALA LUMPUR: Kekalahan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan, semalam berpunca daripada sikap pemain yang terlalu membuka peluang buat pasukan lawan.
Perkara itu diakui pengendali skuad B-23 Brad Maloney, yang pada masa sama tetap berbangga dengan usaha keras anak buahnya kerana sudah menjangkakan perlawanan sukar menentang juara bertahan.
Maloney berkata pada babak pertama, anak buahnya mempersembahkan disiplin luar biasa sehingga menyukarkan pihak lawan untuk membolosi gol pasukan negara.
"Saya boleh berbangga dengan persembahan pemain tapi kita terlalu memberi mereka (Korea Selatan) peluang dan akhirnya mereka menghukum kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, semalam.
BACA: Korea Selatan terlalu handal buat anak buah Maloney
Pengendali dari Australia itu berkata, memasuki babak kedua perlawanan, skuad negara menukar corak permainan dan nyata ia membuahkan hasil apabila ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berjaya menjaringkan gol.
Mengenai pertemuan dengan Thailand, Ahad ini, Maloney berkata beliau akan mengkaji semula corak permainan skuad negara yang sebelum ini berjaya menumpaskan lawan sama semasa Sukan SEA, Hanoi di Vietnam.
Malaysia yang pernah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 di China akan menamatkan saingan kumpulan dengan menentang pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31, Vietnam pada 8 Jun bagi merebut dua tempat teratas untuk mara ke pusingan suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Maloney berkata pada babak pertama, anak buahnya mempersembahkan disiplin luar biasa sehingga menyukarkan pihak lawan untuk membolosi gol pasukan negara. - Gambar fail

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Skuad B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China.

Skuad B-23: Pengalaman luar negara Richard Chin jadi sandaran
Kelibat Richard Chin yang memasuki hari ketiga bersama skuad B-23 negara disambut baik walaupun mungkin ia masih di peringkat awal.

FAM nafi Honda kendali skuad B-23
FAM menafikan desas-desus mengatakan bekas bintang sensasi bola sepak Jepun, Keisuke Honda akan mengemudi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23).

Piala Asia: Terlalu buka peluang kepada lawan punca skuad B-23 kalah - Maloney
Kekalahan skuad B-23 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia berpunca daripada sikap pemain yang terlalu membuka peluang.

Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.

Nik Akif, Umar Hakeem enggan 'mimpi ngeri' edisi 2019 berulang
Kegagalan edisi lepas perlu dijadikan pengajaran dalam usaha mencipta kejayaan membanggakan pada temasya Sukan SEA ke-31.

Maloney taruh keyakinan tinggi prestasi skuad B-23 negara
Maloney berkata kesemua pemain telah menunjukkan kualiti permainan yang baik.

Skuad B-23 kebangsaan berlepas ke Kemboja sehari awal
Skuad kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney itu sebelum ini dijadual berlepas ke Kemboja esok.

Lima lagi pemain dipanggil ke kem latihan skuad B-23 negara
Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari dan akan menentang Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan B.

Juventus pertaruh Pirlo sebagai pengurus baru
Walaupun bekas pemain tengah Itali itu baru memegang jawatan sebagai pengurus skuad B-23 kelab itu sembilan hari yang lalu, kini diberi kepercayaan untuk menggantikan Maurizio Sarri.