SKUAD hoki negara melangkah ke pusingan cross-over Piala Dunia Hoki FIH selaku naib juara Kumpulan C selepas menewaskan New Zealand 3-2 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar sebentar tadi.
Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Faizal Saari, meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke sembilan tetapi The Speedy Tigers hanya dapat menggandakan kelebihan itu dalam suku ketiga, di mana Razie Rahim menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-43.
Sedar mereka tiada banyak masa untuk mengejar kedudukan, New Zealand menggunakan 'power-play' dalam suku terakhir dan berhasil memperoleh dua jaringan pantas bermula dengan jaringan padang Hayden Phillips pada minit ke-52 dan jaringan pukulan sudut penalti Sam Lane seminit kemudian.
Bagaimanapun, Faizal muncul wira skuad negara apabila kelicikannya dalam memperdayakan pertahanan lawan berhasil memberikan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-57.
Skuad negara dijangka akan bertemu Sepanyol selaku pasukan di kedudukan ketiga Kumpulan D dalam pusingan cross-over di venue sama hujung minggu ini. -- Stadium Astro
Astro Arena
Thu Jan 19 2023

Skuad negara dijangka akan bertemu Sepanyol selaku pasukan di kedudukan ketiga Kumpulan D dalam pusingan cross-over. - Stadium Astro

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.

Piala Dunia Hoki FIH: Benam New Zealand, Malaysia ke pusingan cross-over
Skuad hoki negara melangkah ke pusingan cross-over Piala Dunia Hoki FIH selaku naib juara Kumpulan C selepas menewaskan New Zealand 3-2.