GEORGE Ford menjadi pencetus kepada kemenangan England mengatasi Argentina 27-10 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Ragbi meskipun Tom Curry diarahkan keluar padang seawal minit ketiga.
Ford mengepalai England menghadapi krisis yang dicetuskan Curry gara-gara kekasaran berbahaya yang dilakukannya ke atas Juan Cruz Mallia, di mana kad kuning yang dilayangkan kepada flanker itu kemudian ditukar kepada kad merah selepas semakan 'bunker review system'.
Mengambil tanggungjawab yang ada, Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome.
Malang buat Curry apabila namanya terpahat dalam sejarah sebagai pemain England pertama dilayangkan kad merah di peringkat Piala Dunia selain ia juga kad merah paling cepat pernah dilayangkan dalam sejarah kejohanan itu. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Sep 10 2023
Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome. - Foto AP
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Piala Dunia Ragbi: George Ford pastikan England buka kempen dengan kemenangan
Ford menjaringkan tiga gol sepakan dan enam penalti, sekali gus memaksa Argentina menelan kekalahan di Stade Velodrome.