KUALA LUMPUR: Gimnas lelaki negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam yang dalam usaha layak ke Sukan Olimpik Paris, gagal layak ke final acara melombol pada siri pertama Piala Dunia Aparatus FIG (Persekutuan Gimnastik Antarabangsa) 2024 di Kaherah, Mesir semalam.
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu, mencatatkan mata purata 13.566 selepas mencatatkan 14.230 dan 12.900 mata, pada lompatan pertama dan kedua untuk menduduki tempat ke-27 daripada 42 peserta, pada pusingan kelayakan di Dewan 1, Stadium Antarabangsa Kaherah.
Seorang lagi gimnas negara Ng Chun Cheng pula menduduki tempat terakhir dengan mata purata 5.050 manakala atlet Armenia Artur Davtyan mengungguli kutipan mata dengan mengumpul mata purata 15.000.
Hanya lapan gimnas terbaik, layak ke final esok.
Timbalan Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Francis Lau berkata walaupun bermula dengan baik, namum kesilapan semasa mendarat pada lompatan kedua, menyebabkan Muhammad Sharul Aimy gagal ke final.
"Jika Muhammad Sharul Aimy tidak jatuh ke belakang dan tangannya menyentuh lantai ketika mendarat pada lompatan kedua, saya percaya beliau akan layak ke final.
"Bagi Cun Chen pula beliau gagal mencatatkan sebarang mata apabila beliau jatuh selepas tangannya tergelincir pada lompatan pertama. Namun beliau berjaya pada lompatan kedua dan mengutip 10.010 mata, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Francis berkata kedua-dua gimnas itu perlu meningkatkan prestasi mereka pada tiga lagi siri Piala Dunia iaitu di Cottbus, Jerman (22-25 Feb), diikuti Baku, Azerbaijan (7-10 Mac) dan Doha, Qatar (17-20 April), untuk mengembalikan peluang layak ke Paris 2024.
Siri Piala Dunia 2024 akan menawarkan dua kuota bagi setiap jantina untuk setiap aparatus berdasarkan tiga keputusan terbaik gimnas, merentas empat pertandingan.
Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Sharul Aimy catat mata purata 13.566 selepas mencatatkan 14.230 dan 12.900 mata, pada lompatan pertama dan kedua untuk menduduki tempat ke-27. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Harapan Sharul Aimy buat penampilan sulung di sukan Olimpik Paris 2024 tipis
Sharul Aimy gagal naiki podium ketika aksi final melombol pada siri ketiga Piala Dunia Aparatus FIG 2024 di Baku, Azerbaijan, semalam.

Piala Dunia: Sharul Aimy gagal layak ke final acara melombol di Kaherah
Sharul Aimy catat mata purata 13.566 selepas mencatatkan 14.230 dan 12.900 mata, pada lompatan pertama dan kedua untuk menduduki tempat ke-27.