JURULATIH skuad terjun negara, Datuk Leong Mun Yee, mengakui tempoh persiapan singkat menjadi punca skuad negara gagal mempamerkan prestasi terbaik dalam Kejohanan Terjun Dunia FINA di Jerman.
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu yang terdiri daripada Datuk Pandelela Rinong, Chew Yi Wei dan Bertrand Rhodict tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.
Pandelela menamatkan saingan 10 platform individu wanita di tempat keenam dengan catatan 263.45 mata.
Hari terakhir kejohanan pula, trio negara itu sekadar menamatkan acara 3 meter dan 10 meter berpasukan campuran di kedudukan kelima dengan 265 mata.
"Dalam Piala Dunia kali ini, kami hanya menghantar tiga penerjun kerana kami hanya mengetahui bahawa ia akan dijalankan pada minit-minit akhir," kata Mun Yee kepada wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi.
BACA: Piala Dunia: Tiada pingat dari penerjun Malaysia di Berlin
"Persiapannya juga agak singkat, hanya sebulan dan sudah pasti keputusannya tidak seperti yang diharapkan.
"Sejujurnya, yang berpeluang untuk mendapatkan pingat hanyalah Datuk Pandelela dalam acara 10 meter individu," katanya.
Astro Arena
Mon Oct 24 2022
MUN YEE: Dalam Piala Dunia kali ini, kami hanya menghantar tiga penerjun kerana kami hanya mengetahui bahawa ia akan dijalankan pada minit-minit akhir. - Foto Astro ARENA
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.
Sukan Olimpik Tokyo: Jun Hoong layak beraksi selepas rayuan MOM diterima
Bekas juara dunia itu pada awalnya terlepas tiket ke Tokyo berikutan ada kekeliruan dalam proses kelayakan.
Agong zahir tahniah, bangga atas kejayaan Pandelela raih emas di kejohanan dunia
Pandelela berjaya meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita, pada Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun, semalam.