MAKSYM Talovierov sekadar memberi harapan palsu kepada penyokong Plymouth Argyle dengan jaringan awal pada minit ke-38 sebelum ditewaskan 1-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City, dalam perlawanan Piala FA Inggeris, malam tadi.

Sebelum tamat separuh masa pertama, bintang muda England, Nico O'Reilly, menyamakan kedudukan 1-1 dan terus memacu kebangkitan skuad kendalian Pep Guardiola apabila menghadiahkan jaringan kedua pada minit ke-76.

Pasukan tuan rumah menikmati kemenangan di laman sendiri selepas pemain veteran, Kevin De Bruyne, melengkapkan malam The Citizen, sekali gus melayakkan diri ke pusingan seterusnya.



Bekas pengendali Barcelona itu berkata, pemain kebangsaan Belgium itu mungkin menjadi tiga atau lima pemain terbaik dalam sejarah kelab, tetapi tidak dipastikan sama ada dia akan terus berada di Stadium Etihad ataupun tidak musim depan.

"Setiap kali melihat dia beraksi, saya adalah manusia paling gembila.

"Dia sering bermain dengan baik.

"Tetapi dia siapa yang tahu hala tujunya musim depan," katanya.