KUALA NERUS: Finalis musim lalu Terengganu FC (TFC) menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan FC 4-2 pada pertembungan suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini hari ini.
Beraksi di hadapan lebih 5,000 penonton, skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad yang melakukan rembatan kencang dari dalam kotak penalti pada minit ke-17.
Skuad bimbingan Tomislav Steinbrukner terlepas peluang menggandakan jaringan selepas gol Ivan Mamut pada minit ke-28 dibatalkan pengadil kerana pemain import dari Crotia itu berada pada kedudukan ofsaid.
Bagaimanapun, kehampaan penyokong tuan rumah berjaya ditebus kembali oleh Ivan yang menghadiahkan gol kedua pada minit ke-41 hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti.
Skuad The Red Warriors, yang ketinggalan 0-2, tidak berputus asa apabila bangkit mengatur serangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-45.
Pada babak kedua, giliran Sony Norde menjaringkan gol ketiga buat skuad Penyu pada minit ke-52 untuk menjarakkan kedudukan menjadi 3-1.
Kelantan kendalian Frank Bernhardt sekali lagi mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti Ismaheel Akinade pada minit ke-64 selepas Shahrul Nizam Ros Hasni dipersalahkan pengadil kerana menarik baju Mario Blasco.
Seakan keputusan berakhir 3-2, pemain gantian TFC Syafiq Ismail menjaringkan gol keempat buat pasukan sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dengan menanti lawan antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
![Piala FA: Skuad Penyu atasi Kelantan 4-2, tempah tiket separuh akhir Piala FA: Skuad Penyu atasi Kelantan 4-2, tempah tiket separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685191224_TBPialaFA.jpg)
Pemain Terengganu FC Muhammad Azam Azmi Murad (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa menentang pasukan Kelantan FC pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. - BERNAMA
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
![Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739061520_tbKaoruMitomaEngl.jpg)
Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736739105_RuudvanNistelrooy.jpg)
Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Leicester City diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.
![Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736735914_AltayBayindir.jpg)
Piala FA Inggeris: Fernandes puji aksi wira Altay Bayindir
Pemain antarabangsa Turki itu hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.
![Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736736035_RubenAmorim.jpg)
Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
United mengejutkan Arsenal menerusi gol pendahuluan Bruno Fernandes pada minit ke-52.
![Piala FA: Manchester City belasah Salford City Piala FA: Manchester City belasah Salford City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736648766_ManchesterCityEPL.jpg)
Piala FA: Manchester City belasah Salford City
Perlawanan berlangsung di Stadium Etihad menyaksikan penguasaan anak buah Pep Guardiola ke atas pasukan pelawat bimbingan Karl Robinson.
![Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736562985_ArneSlotpengurus.jpg)
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
![Piala FA: Penyokong terkejut harga tiket luar biasa Piala FA: Penyokong terkejut harga tiket luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735519992_TBPialaFA.jpg)
Piala FA: Penyokong terkejut harga tiket luar biasa
The Lambs akan melayan kunjungan Tottenham bimbingan Ange Postecoglou di The Lamb Ground pada 12 Januari.