Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, berkata penangguhan itu dibuat kerana MFL prihatin dengan situasi semasa pandemik COVID-19 yang membimbangkan ketika ini.
Sumber Facebook malaysianfootballleague
“Keputusan ini dibuat berdasarkan keadaan semasa COVID-19 yang sedang meningkat dan MFL prihatin dengan permasalahan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi MFL.
Pada masa sama, MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super melibatkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang telah diisytihar zon merah COVID-19.
Pada masa sama, MFL turut meminda tarikh perlawanan CIMB Liga Super melibatkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang telah diisytihar zon merah COVID-19.