Trofi Piala Malaysia akan menjadi hadiah paling bermakna untuk Raja Muda Selangor sekiranya skuad Gergasi Merah dapat menjinakkan Kedah di pentas final di Stadium Shah Alam, malam esok.
Penyelaras Kelab penyokong Bola Sepak Selangor, Shahrizal Md Sari berkata kemenangan itu akan menjadi hadiah yang amat bermakna buat Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pertabalan baginda sebagai Raja Muda Selangor, baru-baru ini.
Justeru, katanya, skuad bimbingan K. Gunalan itu perlu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dalam ulangan final.
Pada final tahun lepas, Selangor mengalahkan Kedah 2-0.
"Kami menaruh harapan tinggi agar pemain lebih bersemangat dan menampilkan aksi terbaik dengan menumbangkan skuad Kedah dengan keputusan 3-0," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 100 keping tiket kepada penyokong tegar Selangor di sini hari ini.
Shahrizal turut berharap seluruh peminat dan rakyat Selangor akan turun untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Gergasi Merah.
Selain itu, beliau menyeru penyokong Selangor supaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta menjaga disiplin di dalam dan luar stadium agar perlawanan dapat berjalan dengan lancar.
Beliau turut menasihatkan penyokong supaya tidak bertindak liar atau melakukan provokasi terhadap penyokong Kedah sehingga perlawanan itu dicemari dengan insiden yang tidak diingini. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016

Raja Muda Selangor melakukan istiadat menjunjung Duli menerima kurniaan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Oktober lalu. - fotoBERNAMA / Fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Piala Malaysia hadiah buat Raja Muda Selangor
Kemenangan itu akan menjadi hadiah yang amat bermakna buat Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pertabalan baginda sebagai Raja Muda Selangor.