Kuala Lumpur City FC membawa kelebihan dua gol selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.
Gol daripada Romel Morales dan pemain gantian, Hadin Azman, dalam separuh masa berbeza sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat barisan bimbingan Bijan Hodak itu menjelang aksi kedua di Stadium KLFA, Cheras, Khamis depan.
Beraksi di depan lebih kurang 3,100 penyokong, KL City kelihatan lebih dominan sejak awal permainan di gelanggang lawan dan berhasil memperoleh jaringan pembukaan apabila Romel Morales menanduk masuk lintangan Zhafri Yahya untuk menewaskan penjaga gol Gergasi Merah, Khairulazhan Khalid, seawal minit ke-12.
Pasukan pelawat terus menguasai permainan dalam babak kedua dan hampir menggandakan usaha mereka menerusi sepakan jarak jauh Ryan Lambert dan sepakan percuma ketua pasukan, Paulo Josue, yang sedikit tersasar.
Menerusi satu kesilapan pertahanan Selangor, Jordan Ayimbila, Ryan Lambert berhasil mencuri bola untuk melakukan serangan balas pantas dan biarpun percubaan awal Arif Shaqirin terkena tiang gol, Ryan Lambert bijak untuk melambungkan bola ke arah Hadin, yang dimasukkan dalam babak kedua, untuk disudahkan ke sebelah kanan gawang Khairulazhan.
Sementara itu, aksi di Stadium Darul Aman pula menyaksikan dua pasukan gergasi tanah air, Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat tanpa jaringan menjelang perlawanan timbal balik di Iskandar Puteri, Khamis depan.
Terengganu FC pula menewaskan Sarawak United 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hasil jaringan Faisal Halim dan Faiz Nasir manakala Melaka United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam edisi kali ini dengan menewaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan tunggal Sony Norde.
Astro Arena
Sun Nov 14 2021

Kuala Lumpur City FC membawa kelebihan dua gol selepas menewaskan Selangor FC 2-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi. - Foto MFL

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

ACC: KL City catat kekalahan pertama
Kapten pasukan Lion City Sailors Bailey Wright berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-26 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Liga Super: JDT kerja keras tewaskan Sri Pahang 3-1 di laman sendiri
JDT menamatkan perlawanan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson pada minit kecederaan, untuk menjadikan keputusan 3-1.

KLFA mahu anjur pertandingan reka cipta logo baharu KL City
Syed Yazid berkata beliau mahu KL City kembali dengan gelaran "The Hawks" yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.

TFC tempah tiket ke final Piala Malaysia selepas tewaskan KL City
Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan.

Selangor bangkit benam PDRM, Perak kejutkan Kedah di Ipoh
PDRM terlebih dahulu mengejutkan skuad Gergasi Merah apabila membuka jaringan menerusi Hadi Fayyadh pada minit ke-25.

Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
NSFC tampil dengan semangat baharu, menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri dalam saingan liga sebelum ini.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.