KUALA LUMPUR: Isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 dikhuatiri mengundang kesan buruk kepada penganjuran perlawanan akhir pertandingan berprestij itu yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata kebimbangan itu disebabkan usaha keras kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19 sekali gus menimbulkan risiko kebenaran kehadiran penonton ke stadium pada aksi final akan ditarik balik.
Malah, katanya impak lebih besar adalah penonton mungkin tidak dibenarkan ke venue pertandingan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
"Suka atau tidak, kita harus bersikap lebih matang dalam norma baharu kehidupan kita yang diancam COVID-19. Jadi, saya berharap penyokong memiliki sentimen sayangkan bola sepak negara dan sentiasa mengikut peraturan atau pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
"Sekali lagi saya berharap insiden-insiden yang mengaitkan pelanggaran SOP tidak akan kembali berulang untuk aksi timbal balik kedua Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada malam esok," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Paada Khamis, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengeluarkan kompaun kepada penganjur perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Isnin lepas.
Kompaun berjumlah RM10,000 masing-masing kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd selaku tuan rumah dan MFL sebagai penganjur, kerana kegagalan memastikan pematuhan protokal am dalam pengurusan penonton dan penyokong iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna semasa aksi berlangsung.
Sementara itu, Stuart berkata MFL selaku penganjur amat kesal terhadap insiden pelanggaran pematuhan SOP itu.
"Kita seharusnya lebih peka terhadap kenaikan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan kembali berulang di masa akan datang," kata Stuart.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Stuart berkata, impak lebih besar adalah penonton mungkin tidak dibenarkan ke venue pertandingan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. - Foto fail/BERNAMA

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Fandi kagum Tok Gajah tampil luar biasa di Temerloh
Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji aksi anak-anak buahnya yang 'all-out' sekali gus berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.

JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.

Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

TFC lalui detik cemas sebelum ke separuh akhir Piala Malaysia
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya melalui detik cemas sebelum mengesahkan tempat di separuh akhir Piala Malaysia.