KUALA LUMPUR: Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard, menyifatkannya sebagai penantian berbaloi kerana sudah lama tidak menerima kehadiran penyokong selain menganggap tempoh rehat sebulan liga digunakan sebaik mungkin bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) diperlukan untuk menyambut kembali penonton ke stadium.
"Saya sangat berbesar hati mendengar pengumuman ini walaupun pada pandangan saya mungkin boleh diberikan lebih awal tetapi itu tidak mengapa asalkan penyokong akhirnya dapat kembali ke stadium.
"Kita rasa bertuah kerana sebelum ini Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menjadi satu daripada stadium contoh mempelajari SOP selain Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor jadi banyak perkara kita boleh lihat dalam perbaiki sebarang kelemahan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
Dalam pada itu, CEO Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali pula melihat kepada aspek kewangan yang semestinya akan membantu pasukan selepas ini dengan kehadiran semula penyokong ke stadium.
Meskipun belum diumumkan kapasiti penonton dibenarkan hadir, beliau percaya penyokong Kedah mampu mengikuti SOP dengan teratur seperti dilakukan sebelum ini, yang mana perlawanan terakhir berlangsung dengan kehadiran penonton di stadium adalah pada 9 Mei lepas.
"Ditambah Piala Malaysia sedang berlangsung, saya rasa peminat Kedah pasti akan berpusu-pusu mahu menyaksikan aksi pasukan kesayangan mereka kerana aura kejohanan ini sentiasa memikat penyokong," katanya.
Sementara itu, CEO Melaka United FC, Datuk Wira Justin Lim Hwa Tat pula memberi jaminan penonton yang hadir ke stadium adalah mereka bebas daripada jangkitan COVID-19 dan tiada seorang pun individu tidak bertanggungjawab akan terlepas daripada kawalan sekiranya tidak lengkap dua dos vaksin seperti ditetapkan.
Justin juga menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada kerajaan atas pengumuman kebenaran penonton yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk kembali ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak musim ini.
Pihak MFL ketika ini masih menunggu peratusan kemasukan penyokong ke stadium di negeri-negeri mengikut fasa dua, tiga dan empat yang akan dimaklumkan Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan SOP sukan ditetapkan.
Pada 29 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan hadir menonton perlawanan sukan dan rekreasi kecuali kanak-kanak bawah umur 18 tahun, berkuat kuasa hari ini.
Saingan Piala Malaysia berehat selama sebulan bermula esok bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan untuk menghadapi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Okt dan Uzbekistan pada 9 Okt, dengan kedua-dua aksi berlangsung di Amman, Jordan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Bernard menyifatkannya penantian berbaloi kerana sudah lama tidak menerima kehadiran penyokong selain menganggap tempoh rehat sebulan liga digunakan sebaik mungkin bagi menambah baik SOP bagi menyambut kembali penonton ke stadium. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perarakan kemenangan KL City FC dibatalkan - Annuar Musa
Warga kota terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan kejayaan pasukan KL City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021, apabila perarakan kemenangan dibatalkan atas faktor keselamatan antara lain.

Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.

Final menentang JDT tugas getir sepanjang karier saya - Hodak
Skuad kendaliannya hanya mempunyai dua pemain kebangsaan - Kenny Pallraj dan Muhammad Akram Mahinan.

Akhir Piala Malaysia: 1,500 pegawai, anggota polis ditugas, pasukan tangkapan diwujud
Polis akan tingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium, bagi memastikan keadaan keselamatan penonton terjamin.

Piala Malaysia: Mutu pengadilan sekali lagi dipertikai
Mutu pengadilan pegawai perlawanan tempatan sekali lagi menjadi tumpuan dan melibatkan pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim semalam.

Bergson wira JDT di pantai timur, Melaka tarik nafas lega di Cheras
Keputusan seri itu juga menyaksikan ego TFC dan JDT dalam kempen Piala Malaysia gagal direntap.

Piala Malaysia: Giliran KL City, Sarawak United ke suku akhir
Gol tunggal oleh Romel Oswaldo Morales sudah cukup bagi membantu KL City FC merakam kemenangan.

Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.

Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.