KUALA LUMPUR:Kerajaan mengekalkan keputusan untuk menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mencegah penularan COVID-19 sama ada di tengah padang atau di lokasi-lokasi lain.
"Sebelum ini, saya ada umumkan penangguhan Piala Malaysia demi keselamatan pemain dan juga bimbang ia boleh merebak ke tempat lain. Kita hari ini mendengar rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia diteruskan.
"Setelah berbincang, kita dapati bahawa bahaya jangkitan ini bukan sahaja di tengah padang kerana ada persentuhan tetapi juga di tempat lain," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Pada masa sama, beliau menegaskan, perlawanan bola sepak kebangsaan itu berbeza dengan persembahan hiburan yang dibandingkan sesetengah pihak.
"Ada orang bandingkan dengan (persembahan) hiburan. Macam penyanyi mereka boleh laksanakan SOP. Seperti yang dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bahawa persembahan tarian dan nyanyian itu boleh dilakukan di tempat, dan masa berbeza, di mana gambar tu disatukan, seolah-olah ia bersama," katanya lagi.
Pada masa sama katanya, SOP adalah lebih mudah dilaksanakan bagi persembahan hiburan berbanding perlawanan bola sepak seperti Piala Malaysia.
"(SOP persembahan) hiburan seperti ini lebih mudah (dilakukan) sebab tiada penonton. Semua yang terlibat pakai pelitup muka. Namun tidak mungkin pemain bola sepak nak pakai pelitup muka di atas padang. Malah, ia bakal melibatkan petugas-petugas lain," ujar beliau lagi.
Malah, katanya, SOP juga agak sukar dilaksanakan di bilik persalinan untuk mengawal pergerakan dan sebagainya.
"Kesannya agak besar kepada kesihatan maka kita tidak benarkan pertandingan ini diteruskan dan ditangguhkan, bukan dibatalkan. Kalau kita sama-sama patuhi SOP dan putuskan rantaian COVID-19, kita boleh teruskan Piala Malaysia ini," tambahnya.
Justeru beliau memohon maaf kepada semua peminat bola sepak kerana kerajaan mementingkan soal keselamatan rakyat seluruhnya.
Astro Awani
Wed Nov 11 2020

Menurut Ismail Sabri, SOP bagi persembahan hiburan adalah lebih mudah dilaksanakan berbanding perlawanan bola sepak seperti Piala Malaysia. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kesihatan, keselamatan dan masa depan lebih utama - TMJ
Menurut Tunku Ismail, kes COVID-19 semakin meningkat dan situasi tersebut akan menjejaskan kelangsungan hidup jika ia berterusan.

Piala Malaysia tetap ditangguhkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengekalkan keputusan untuk menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.

Piala Malaysia ditangguh - Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.