KUALA LUMPUR: Malaysia yang mempamerkan semangat juang tinggi terpaksa akur dengan kehebatan Thailand, selepas tewas pada perlawanan akhir acara regu lelaki Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand ke-36, di Nakhon Ratchasima (Korat) malam ini.
Pasukan negara yang dibarisi gandingan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar, tewas 20-22, 17-21, di tangan trio Pattarapong Yupadee, Pornthep Tinbangbon dan Varayut Jantarasena.
Pada set pertama final Divisyen Perdana itu, kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi menyajikan pertarungan sengit, dengan saling mengejar mata sehingga kedudukan terikat 18-18.
Kesilapan pemain lawan menahan bola dan libasan servis padu Mohammad Syahir kemudiannya meletakkan Malaysia di ambang kemenangan set pertama, namun Thailand tenang bangkit mengutip empat mata berturut-turut, sekali gus menokhtahkan permainan 22-20.
Momentum cemerlang itu diteruskan Thailand pada set kedua, sambil Malaysia kekal memberikan saingan sengit sepanjang permainan.
Thailand yang bermula perlahan, berjaya mendahului 11-7 sebelum Malaysia bangkit menguasai permainan 12-11, namun pasukan lawan memastikan itu kali terakhir skuad negara berada di hadapan, apabila terus mendominasi gelanggang sehingga memuktamadkan kemenangan 21-17.
Biarpun tewas, keputusan itu menyaksikan Malaysia memperbaiki pencapaian meraih pingat gangsa pada edisi lepas.
Skuad sepak takraw lelaki negara selepas ini akan turun berentap dalam acara regu berpasukan, yang dijadual bermula Khamis ini.
Malaysia membawa pulang gangsa dalam acara regu berpasukan lelaki pada edisi lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
![Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689084265_TBsepaktakraw.jpg)
Kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi menyajikan pertarungan sengit, dengan saling mengejar mata. - Sinar Harian
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689505245_Skuadtakrawnegara.jpg)
Piala Raja Thailand: Misi Malaysia tidak kesampaian
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
![Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689084265_TBsepaktakraw.jpg)
Piala Raja Thailand: Malaysia gagal tumbangkan tuan rumah
Kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi menyajikan pertarungan sengit, dengan saling mengejar mata.
![Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649803632_KimPanGon.jpg)
Pan Gon puji kekuatan mental Harimau Malaya
"Saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa."
![Piala Raja Thailand: Malaysia juara acara beregu lelaki Piala Raja Thailand: Malaysia juara acara beregu lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659254840_TBTAKRAW.jpg)
Piala Raja Thailand: Malaysia juara acara beregu lelaki
Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini.