CHENGDU: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mahu melihat barisan pemain perseorangan negara lebih mantap sekali gus memberikan tentangan sengit apabila tampil pada edisi 2026 Piala Thomas di Horsens, Denmark.
Beliau berkata dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara yang tidak mempunyai kekuatan sama rata ketika ini.
"Pemain harus lebih tegas. Sejujurnya, kita memang harap dapat ambil mata daripada seorang pemain perseorangan dan dua beregu namun negara lain dapat tutup satu sama lain.
"Kita pasti Lee Zii Jia merasakan tekanan namun kalau kita ada pemain perseorangan kedua dan ketiga yang sama rata (kualiti) mungkin tekanan berkurangan (untuk perseorangan pertama)," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Rexy turut mengakui kebergantungan kepada Zii Jia turut menjadi punca Malaysia tumbang kepada China 1-3 pada separuh akhir semalam, sekali gus meranapkan impian menamatkan kemarau 32 tahun untuk menjulang Piala Thomas.
Zii Jia tewas dalam perlawanan pertama kepada pemain tuan rumah Shi Yu Qi 19-21, 5-21 manakala perseorangan kedua Leong Jun Hao pula tunduk kepada pemenang pingat emas Sukan Asia 2022, Li Shi Feng 17-21, 10-21.
Justeru beliau berkata sesi penilaian semula akan dilakukan oleh barisan kejurulatihan terhadap program latihan serta sikap pemain bagi memastikan barisan perseorangan lelaki negara tidak terus ketinggalan dengan negara lain.
Ketika ini, hanya Zii Jia yang juga pemain profesional negara menduduki kelompok 10 pemain terbaik manakala pemain utama di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Tze Yong pula berada di ranking ke-18.
Selain Zii Jia, tiga lagi pemain perseorangan yang disenaraikan ke Piala Thomas kali ini berada dalam kedudukan di luar kelompok 30 terbaik dunia iaitu Jun Hao (ke-37), pemain profesional Cheam June Wei (ke-63) dan Justin Hoh (ke-233).
Tze Yong terlepas saingan Piala Thomas kali ini selepas disahkan belum pulih daripada kecederaan belakang.
Dalam pada itu, Rexy berharap barisan pemain muda lain seperti Eogene Ewe dan Ong Ken Yon mempunyai sikap dahagakan kejayaan dengan meningkatkan prestasi pada masa depan sekali gus memantapkan lagi kem perseorangan negara.
Sementara itu, Rexy berkata pemain perseorangan wanita negara seperti K. Letshanaa dan Wong Ling Ching mampu mencontohi pemain profesional Goh Jin Wei yang tetap bersemangat tinggi biarpun dibelenggu masalah kesihatan di bahagian perut.
"Walaupun keadaan Jin Wei tidak mengizinkan namun dia memberikan saingan dalam gelanggang. Ini mentaliti yang perlu dimiliki pemain wanita kita. Malah dia beritahu saya, dia makan sekali sahaja namun pemain lain yang makan lima kali sehari beraksi seperti kurang bertenaga," katanya.
Beliau pada masa sama tidak menolak kemungkinan akan mengekalkan gandingan ketua pasukan skuad Piala Uber, Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee yang menampilkan aksi positif di Chengdu sebelum ini.
Malaysia gagal ke suku akhir sejak 2010 apabila tumpas dua kali dalam aksi Kumpulan B, masing-masing kepada Taiwan 1-4 dan 0-5 kepada Thailand sebelum menutup kempen mengalahkan Australia 4-1.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Rexy berkata, dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara. - Gambar fail
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.