CHENGDU: Indonesia hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan Piala Uber pertama mereka dalam tempoh 28 tahun apabila mengejutkan juara bertahan Korea Selatan 3-2 pada aksi separuh akhir hari ini.
Pemain perseorangan ketiga Komang Ayu Cahya Dewi dari Bali muncul wira Indonesia selepas menundukkan Kin Min Sun 17-21, 21-16, 21-19, sekali gus membawa negaranya ke final pertama mereka selepas 16 tahun.
Indonesia yang tewas 3-0 pada aksi final 2008 kepada China bakal berdepan lawan sama pada perlawanan akhir esok selepas pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Jepun dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone hari ini.
Indonesia, juara tiga kali kejohanan itu berjaya memanfaatkan ketiadaan pemain perseorangan wanita nombor satu dunia An Se Young disebabkan sakit apabila pemain ranking kesembilan dunia Gregoria Mariska Tunjung mengetepikan Sim Yu Jin yang menduduki ranking ke-37 dengan keputusan 21-15, 21-13 untuk meraih mata pertama.
Bagaimanapun, beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee menyamakan kedudukan untuk Korea Selatan apabila menewaskan pasangan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-6, 21-18 sebelum Indonesia kembali di depan apabila perseorangan kedua Ester Nurumi Tri Wardoyo menewaskan Kim Ga Ram 20-22, 21-16, 21-12.
Korea Selatan membuktikan kehebatan dalam acara beregu selepas pasangan kedua mereka, Jeong Na Eun-Kong Hee Yong menewaskan Lanny Tria Mayasari-Ribka Sugarto 21-15, 21-14, sebelum Komang Ayu menyumbang mata kemenangan Indonesia dalam pertarungan selama 69 minit.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Komang Ayu yang merupakan pemain ranking ke-56 dunia menzahirkan rasa lega kerana dapat membawa Indonesia ke final setelah gagal melepasi peringkat suku akhir bagi enam edisi berturut-turut sebelum ini.
"Peluang untuk menang esok pastinya ada cuma kami perlu berusaha yang terbaik, semoga Tuhan izinkan kami menang esok," kata pemain berusia 21 tahun itu.
Sementara itu pemain perseorangan wanita nombor dua dunia Chen Yu Fei memberikan China permulaan memberangsangkan apabila menewaskan Aya Ohori, 21-18, 21-15, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pemain Jepun berkenaan dalam 12 pertemuan.
Pada perlawanan kedua, pasangan beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi gandingan nombor empat dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida 14-21, 21-13, 23-21 dalam pertarungan sengit selama 85 minit.
Perseorangan kedua tuan rumah He Bing Jiao kemudian mengesahkan tiket ke final apabila menewaskan Nozomi Okuhara 21-8, 21-18.
Bing Jiao yang berpuas hati dengan permainannya berharap China akan menebus kekalahan 2-3 kepada Korea Selatan pada edisi lepas untuk merangkul kejuaraan Piala Uber ke-16 di hadapan penyokong sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Pemain Pasukan Piala Uber Indonesia selepas berjaya menewaskan pasukan Korea pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone, pada Sabtu. - Foto Bernama

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.

Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.

Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.

Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.

Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.

Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.

Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.

Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.

Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.