KUALA LUMPUR: Wanita yang memilih kerjaya dalam bidang sukan, berdepan cabaran dan rintangan lebih besar untuk mencipta nama dalam bidang ini termasuk terpaksa membuat pilihan penting sama ada meneruskan karier sebagai atlet atau mendirikan rumah tangga.
Penerjun berpengalaman negara Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.
Mun Yee, 36, yang bakal membuat penampilan Sukan Olimpik kelima di Tokyo pada Julai depan, sebelum ini terpaksa menangguhkan perkahwinannya susulan penangguhan Olimpik selama setahun berikutan pandemik COVID-19.
"Pada usia 20-an, sangat susah untuk merancang mendirikan rumah tangga selain sangat sukar untuk kekalkan prestasi yang mula merudum. Atlet wanita juga menghadapi masalah untuk mengawal berat badan berbanding atlet lelaki," katanya kepada Bernama.
Atlet kelahiran Perak itu yang terlibat dalam sukan terjun sejak berusia 10 tahun, bagaimanapun bernasib baik apabila keluarganya sentiasa memberikan sokongan untuk menggapai cita-cita dalam sukan.
"Keluarga saya menggalakkan kerana mereka amat meminati sukan. Mereka kata jika saya mahu teruskan, terpulang, tetapi apa yang penting jika mahu lakukan sesuatu, buatlah secara serius," jelasnya.
Aksi di Tokyo berkemungkinan besar menjadi penampilan Olimpik terakhir bagi Mun Yee sebagai atlet, selepas membuat penampilan sulung lebih dua dekad lalu pada temasya Olimpik Sydney 2000, diikuti penampilan di Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Berpasangan dengan Pandelela Rinong, beliau memenangi pingat pertama untuk Malaysia dalam Kejohanan Dunia, iaitu pingat gangsa acara 10m platform seirama pada edisi 2009 di Rom, Itali, selain berjaya menaiki podium dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Kejohanan Dunia dan Sukan Asia serta Komanwel.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
![Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615211807_LeongMunYee.jpg)
Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan. - Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730557015_syafiqputeh.jpg)
Terjun Terbuka Malaysia: Syafiq Puteh akur dengan pingat perak, Pandelela kekal dominasi
Wakil New Zealand, Frazer Tavener, muncul pemenang pingat emas manakala Ikuma Senri dari Jepun memenangi gangsa.
![Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730540349_tbOoiTzeLiang.jpg)
Penerjun Ooi Tze Liang kemalangan, cedera kepala
Ooi Tze Liang, dilaporkan mengalami kemalangan sewaktu final acara 3m papan anjal lelaki Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723202606_TBBERTRAND.jpg)
Olimpik Paris 2024: Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, terlepas peluang ke separuh akhir acara 10 meter platform lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.
![Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713950931_BertrandRhodictLis.jpg)
Peranan sebagai pembawa bendera dorong Bertrand untuk capai enam terbaik
Diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 memberi inspirasi kepada penerjun negara Bertrand Rhodict Lises untuk menampilkan aksi cemerlang di Paris.
![Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690035858_BertrandRhodictLis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Misi tingkat darjah kesukaran terjunan Bertrand hampir tercapai
Bertrand semakin menghampiri misinya untuk menguasai kemahiran terjunan dengan darjah kesukaran 3.7 dan 3.6 di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.
![Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709519670_Diving.jpg)
Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat kesembilan acara 10 meter platform seirama
Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dinobat juara dengan meraih 457.23 mata.
![Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707713968_dhabitah.jpg)
Dhabitah tertekan diletakkan pada bukan acara utama
Dhabitah akui tetap berasa tertekan kerana merasakan usianya cenderung kepada kecederaan.
![Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707493809_EnriqueMaccartneyH.jpg)
Skuad terjun tutup kempen di Doha dengan aksi mengecewakan
Skuad terjun negara hari ini menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa membawa pulang sebarang pingat.
![MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704527554_TBPANDALELADHABITA.jpg)
MS harap lima lagi penerjun layak ke Olimpik Paris
Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyasarkan sekurang-kurangnya lima lagi atlet meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
![Hanis Nazirul tangguh hasrat ke Olimpik Hanis Nazirul tangguh hasrat ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699327633_Penerjun.jpg)
Hanis Nazirul tangguh hasrat ke Olimpik
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui beliau masih memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan acara papan anjal.