KUALA LUMPUR: Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) akan menganjurkan kejohanan Liga Boling Padang Malaysia pada tahun depan.
Presiden PLBM Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di lima zon seluruh negara iaitu utara, selatan, tengah, pantai timur dan Sabah/Sarawak.
"Selain memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain kebangsaan untuk bermain, kejohanan ini akan menjadi platform bagi meneroka bakat baharu sukan boling padang dari seluruh negara," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Beliau turut mengumumkan bahawa PLBM akan menghantar Mohd Idham Amin Ramlan sebagai wakil perseorangan lelaki dan Aleena Ahmad Nawawi, yang merupakan juara dunia pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Wanita 2023 bersama Nur Ain Nabilah Tarmizi, ke Scotland Disember ini untuk menyertai Kejohanan Remaja Dunia 2023.
Katanya Mohd Idham dan Aleena masing-masing akan menyertai acara perseorangan selain bergandingan dalam pairs campuran.
Awalan berkata gandingan Aleena-Nur Ain Nabilah dan pemenang gangsa pairs lelaki kejohanan dunia Izzat Shameer Dzulkeple-Mohd Soufi Rusli serta pemenang gangsa perseorangan wanita World Singles Champion of Champions, Nurul Alyani Jamil, menerima pakej umrah tajaan Affin Bank berjumlah RM20,000.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara atas sokongan dan bantuan sehingga menyaksikan skuad kebangsaan berjaya menyinar pada Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 dan Kejohanan World Singles Champion of Champions.
Baru-baru ini, Aleena-Nur Ain Nabilah mencipta sensasi apabila menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia selepas menewaskan wakil Malta, Rebecca Rixon-Connie Rixon, 15-12, pada aksi final di Gold Coast, Australia.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas ialah menerusi Safuan Said yang menjuarai perseorangan lelaki pada edisi 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Awalan (kanan) menyampaikan pakej umrah tajaan Affin Bank berjumlah RM20,000 kepada Aleena, Nur Ain Nabilah, Izzat Shameer, Mohd Soufi dan Nurul Alyani pada majlis malam tadi. - Facebook Malaysia Lawn Bowls Federation
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

PLBM yakin boling padang kembali pada Sukan SEA 2027
Awalan berkata peluang untuk boling padang dipertandingkan pada edisi 2027 dilihat cerah selepas perbincangan bersama MOM baru-baru ini.

Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.

MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
Ia bagi mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan Akta 787 dalam membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran.

PLBM yakin pertahan gelaran Asia di Pattaya
Skuad boling padang kebangsaan yakin mempertahankan gelaran juara keseluruhan bagi kategori senior dan bawah-25 tahun pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-15 dan Bawah 25 Tahun ke-13.

PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan
Kejohanan itu akan berlangsung di lima zon seluruh negara iaitu utara, selatan, tengah, pantai timur dan Sabah/Sarawak.