Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), dengan menyatakan 'ia adalah normal' bagi negara tuan rumah berdasarkan persiapan yang lebih baik untuk menghadapi sukan terbesar di Asia Tenggara itu.
Walaupun memuji aksi atlet Gajah Putih dalam temasya dwitahunan itu, beliau berkata 'beberapa persatuan sukan' di negara berkenaan masih dibelenggu masalah dan mahu ia diperbaiki sebaik pulang ke Thailand.
"Adalah sesuatu yang normal bagi negara tuan rumah akan mendapat lebih banyak (pingat emas) berdasarkan persediaan yang dilakukan. Sama seperti kami, apabila menjadi tuan rumah, kami juga boleh menguruskan jenis sukan dan kali ini mereka (Malaysia) mempunyai persiapan yang lebih baik," katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan di sini hari ini.
Walaupun menduduki tempat kedua di belakang Malaysia dalam keseluruhan pungutan pingat dan kehilangan mahkota serantau, Perdana Menteri menegaskan beliau masih berpuas hati dengan prestasi cemerlang atlet Thailand dalam temasya itu yang membabitkan pelbagai jenis sukan.
"Kami gembira kerana menduduki tempat kedua walaupun saya mahu mereka terus mengungguli carta teratas pungutan pingat," katanya.
Komen Prayut itu dibuat susulan kritikan yang dilemparkan oleh media dan peminat Gajah Putih itu terhadap aspek penganjuran KL2017 oleh Malaysia.
Selain mengkritik negara tuan rumah mengenai perkara-perkara remeh semasa penganjuran Sukan SEA seperti kekurangan makanan dan pengangkutan atlet, mereka juga menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat kesukanan dalam misi tuan rumah untuk mengungguli pungutan pingat dan bergelar juara keseluruhan.
Akhbar berbahasa Inggeris, Bangkok Post dalam artikel bertajuk "An ugly tradition continues in Malaysia" hari ini berkata emosi semakin tinggi dalam kalangan peminat dan wartawan Thailand yang meluahkan kemarahan mereka dengan melabelkan Sukan SEA Kuala Lumpur sebagai "SEA Kong" atau (SEA Tipu) .
Ia juga berkata ketua kontinjen Thailand dalam temasya dwitahunan itu, Thana Chaiprasit mendakwa penganjuran KL2017 adalah paling teruk berbanding penganjuran Sukan SEA yang lain serta Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
Beliau juga mendakwa pegawai dari negara lain turut berkongsi pendapat yang sama.
Walaupun kritikan pedas dilemparkan oleh Bangkok Post, satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris , yang popular di sini, The Nation lebih bersifat introspektif dalam menilai prestasi Thailand pada temasya KL2017, memilih untuk menyalahkan prestasi atlet negara itu yang hambar berbanding Malaysia.
Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya baru-baru ini berkata negara itu gagal terutama dalam acara sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan berprestij itu yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.
"Pada temasya Kuala Lumpur 2017, Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.
Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2017

PRAYUT: Kali ini mereka (Malaysia) mempunyai persiapan yang lebih baik.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Azrul Hazal wira negara! Raih emas pertama dan pecah rekod Sukan Komanwel
Azroy Hazal Wafie Izhar berjaya raih emas pertama untuk negara dalam acara angkat berat 56kg.

PM Thailand pertahan Malaysia ungguli pungutan pingat dalam KL2017
PM Thailand Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

KL2017: Berjuanglah habis-habisan, demi ibu segala pingat! - Khairy
Berjuanglah habis-habisan pastikan ibu segala pingat milik Malaysia!...itulah kata-kata semangat oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

KL2017: Tilikan emas hari ke 12
Bagaimana agaknya pencapaian atlet negara pada hari ke-12 kejohanan?

KL2017: Tilikan emas hari ke 11
Bagaimana pencapaian atlet negara pada hari ke-11 kejohanan?

SukanKL2017: Emas pertama Malaysia menerusi acara chinlone
HARI ini, skuad negara mencipta sejarah selepas berjaya meraih kilauan emas sulung Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara Chinlone linking di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini pada Rabu.

Kilauan emas pertama Malaysia menerusi chinlone linking
Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

KL2017: Apa itu sukan Chinlone?
Berikut adalah informasi berkenaan sukan ini yang juga dipertandingkan di Sukan KL2017.