KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menjadi sumber inspirasi buat atlet karate muda Zakiah Adnan untuk terus menempa nama dalam arena sukan.
Menjadikan atlet diberi julukan The Pocket Rocketman itu sebagai idola, Zakiah, 20, berkata beliau hanya 'mampu' memerhatikan sahaja Mohd Azizulhasni dari jauh tanpa menyapanya ketika menghadiri satu majlis anugerah.
"Kebiasaannya saya akan mengikut rapat perkembangannya di Instagram termasuk akan menonton sebarang kejohanan disertai beliau sekiranya ada liputan secara langsung.
"Biarpun berbeza sukan, beliau tetap menjadi sumber inspirasi saya untuk berjaya dalam sukan karate," katanya kepada Bernama.
Atlet berasal dari Kuala Terengganu itu antara yang terpilih mewakili negara untuk beraksi pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Sebelum ini, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad mengumumkan pemilihan Zakiah selepas atlet itu berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara kumite bagi kategori 61 kilogram (kg) pada Kejohanan Sukan Karate Asia (AKF) 2023 di Melaka, bulan lepas.
Nur Azmi menunaikan janji untuk memberikan slot di Sukan Asia jika anak buahnya berjaya menyumbang pingat di AKF, selain akan turut membawa kesemua atlet terpilih bertanding di tiga kejohanan di Tunisia, Maghribi dan Eropah sebagai persiapan.
Mengenai persediaan ke Hangzhou, Zakiah yang menggalas cabaran negara bagi acara sama berkata setakat ini semuanya berjalan lancar dan beliau menyasarkan untuk meraih pingat dalam penampilan sulungnya pada temasya itu.
Selain Zakiah, atlet karate lain yang akan ke Sukan Asia adalah Mohammad Arif Afifuddin, H. Sankar Sureeya, S. Prem Kumar dan R. Shamendran, manakala dalam kategori wanita C. Shahmalarani dan P. Madhuri.
Sementara itu, Zakiah yang menyedari dirinya masih baharu dalam dunia sukan, berazam untuk suatu hari nanti mencapai kejayaan setaraf idolanya itu.
"Kalau boleh selepas ini saya mahu buktikan mampu berdiri sama tinggi dengan beliau," katanya.
Profil:
---------
Nama: Zakiah Adnan
Umur: 20 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Bilangan adik beradik: Dua (anak kedua)
Idola: Datuk Mohd Azizulhasni Awang
Hobi: Menonton drama Korea
Pencapaian terbaik: Pingat gangsa dalam acara kumite bagi kategori 61kg pada Kejohanan Sukan Karate Asia (AKF) 2023
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Zakiah antara yang terpilih mewakili negara untuk beraksi pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini. - Foto Astro ARENA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.