PERTELINGKAHAN melibatkan Paul Pogba dan Jose Mourinho ketika sesi latihan Manchester United sebelum ini adalah disebabkan oleh salah faham mengenai video Instagram, kata pemain tengah The Red Devils, Andreas Pereira.
Pengurus United dan tonggak tengah Perancis itu menjadi perhatian media bulan lalu selepas Sky Sports menayangkan video memaparkan mereka berdua seperti sedang berbalah mengenai sesuatu.
Pogba datang untuk menyapa barisan kejurulatihan serta pemain United yang lain tetapi kemudian dilihat memberi reaksi daripada apa yang dituturkan Mourinho dan laporan mengatakan bahawa pengurus itu bertanya tentang satu kiriman media sosial yang dikeluarkan sebaik sahaja United tewas penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala EFL di tangan Derby County.
Insiden itu berlaku hanya sehari selepas Mourinho mengesahkan Pogba telah dipecat daripada jawatan pembantu kapten di Old Trafford.
Pereira akhirnya mendedahkan situasi sebenar melibatkan kedua-dua individu tersebut, memberitahu media Brazil, UOL Sport: "Kami sedang mendahului 1-0 ketika video itu dilakukan.
"Kemudian, kami tewas dan orang ramai berkata Pogba melakukan kiriman itu selepas perlawanan tetapi sebenarnya, ia sebelumnya.
"Pengurus menyangka Pogba melakukannya selepas perlawanan. Dia bertanya bagaimana situasi itu boleh berlaku. Terdapat sedikit ketegangan. Perkara ini sesuatu yang biasa di England tetapi saya tidak boleh lakukan apa-apa."
Hubungan Mourinho dengan pemain United menjadi perhatian musim ini tetapi Pereira yang telah tampil empat kali dalam semua kejohanan menegaskan dia tidak berdepan masalah dengan pengendali dari Portugal itu.
"Hubungan sentiasa baik, ia bagus," tambah Pereira.
"Saya juga memiliki hubungan yang sangat baik dengan Mourinho dan pemain lain juga begitu.
"Kami tidak memikirkan tekanan yang datang dari luar. Semua orang berkata dia telah dipecat. Kami tidak berasa begitu.
"Saya jarang melihat media England dalam telefon bimbit jadi saya tidak terpengaruh dengan perkara sebegitu.
"Dia adalah pengurus kami, kami memberikan seluruh hidup untuknya dan diri sendiri di atas padang. Semua orang kekal tenang, fokus dan gembira."
Astro Arena
Thu Oct 18 2018
Bulan lalu Sky Sports menayangkan video memaparkan mereka berdua seperti sedang berbalah mengenai sesuatu. - Foto Astro ARENA
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Pogba, Mourinho bertengkar kerana video Instagram - Pereira
Insiden itu berlaku hanya sehari selepas Mourinho mengesahkan Pogba telah dipecat daripada jawatan pembantu kapten di Old Trafford.
Lukaku gagal yakinkan Pereira pilih Belgium berbanding Brazil
Pereira yang dilahirkan di Belgium dan mewakili negara kelahirannya dalam saingan bola sepak belia, muncul sebagai salah seorang pemain muda yang menyerlah.