KUALA LUMPUR: Tular di media sosial baru-baru ini berita mengenai pintu masuk di Stadium MBPJ yang mengalami kerosakan akibat perbuatan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan kejadian berlaku sejurus selepas pertemuan naib juara Liga Super 2023, Selangor dengan pasukan pelawat, Negeri Sembilan, pada Ahad yang dihadiri lebih 10,000 peminat tempatan, lapor Astro Arena.
Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, beberapa individu dipercayai penyokong pasukan pelawat dilihat berang setelah didakwa dihalang keluar dari stadium berkenaan.
Keadaan ini mendorong mereka bertindak ganas dan merosakkan pintu masuk arah selatan stadium itu untuk keluar.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pada itu telah membuka siasatan dan sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly dilapor berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi Isnin berhubung kejadian dan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia telah dibuka.
"Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.
Astro Awani
Tue May 28 2024
![Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716873605_StadiumMBPJ.jpg)
Kerosakan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong. -Astro Arena
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732847307_tbKinoshiKatsuhito.jpg)
Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah
Jurulatih dari Jepun itu meminta agar corak serangan agresif yang diterapkan kepada pemain Gergasi Merah.
![Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718446675_tbFaisalHalim.jpg)
Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ
Tonggak utama Selangor FC (SFC) Faisal Halim muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandara Raya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan.
![Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716873605_StadiumMBPJ.jpg)
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
![Letak bas bukan cara saya, kata jurulatih Selangor Letak bas bukan cara saya, kata jurulatih Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649718935_TBselangor.jpg)
Letak bas bukan cara saya, kata jurulatih Selangor
Kejayaan menjinakkan Kedah Darul Aman 4-1 itu masih belum cukup meredakan semangat penyokong.
![Selangor terpaksa akur dengan kekalahan kedua Selangor terpaksa akur dengan kekalahan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616258304_SelangorKalah.jpg)
Selangor terpaksa akur dengan kekalahan kedua
Selangor terpaksa berputih mata di laman sendiri apabila kecundang 2-0 di tangan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.
![Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615046225_SelangorFC.jpg)
Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor
Selangor membuka kempen Liga Super musim 2021 dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Sri Pahang 3-1.
![Selangor perlu cari gelanggang rasmi selain Stadium Nasional Selangor perlu cari gelanggang rasmi selain Stadium Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516094050_PresidenPersatuanB.jpg)
Selangor perlu cari gelanggang rasmi selain Stadium Nasional
Selangor disaran mencari stadium lain sebagai 'home venue' untuk mengelak banyak pindaan penjadualan Liga Malaysia.
![PDRM menang besar untuk kutip mata penuh PDRM menang besar untuk kutip mata penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51390918072_120x90.jpg)
PDRM menang besar untuk kutip mata penuh
PDRM pastikan kemenangan besar untuk tiga mata penuh di Stadium MBPJ apabila membelasah Pulau Pinang 5-1.